web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guardiola Dinobat Sebagai Pengurus Terbaik

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 9:54AM

Guardiola (tengah) memegang trofi Liga Perdana Inggeris semasa majlis penganugerahan di Stadium Etihad. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pengendali Manchester City Pep Guardiola telah dinamakan sebagai Pengurus Terbaik oleh Persatuan Pengurus Liga England (LMA) pada Isnin.

Guardiola membawa City menjuarai Liga Perdana Inggeris dan juga Piala Liga musim ini dan pada awal pagi Ahad nanti beliau akan cuba membawa pulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bila bertemu dengan Chelsea di Porto.

“Saya gembira dianugerahkan Pengurus Terbaik LMA untuk kali kedua.

“Ini bagi saya satu anugerah yang sangat istimewa kerana pemenang diundi oleh rakan sejawatan saya yang lain

“Untuk memenangi anugerah seperti ini seseorang itu harus dikelilingi oleh sekumpulan profesional yang hebat.

“Para pemain saya telah beraksi dengan hebat musim ini, dedikasi dan profesionalisme mereka tidak pernah luntur dalam musim yang paling mencabar yang pernah kami hadapi,” kata pengurus yang berusia 50 tahun itu, yang ibunya meninggal dunia di tengah pandemik coronavirus.

Guardiola juga memuji staf sokongannya dan berkata beliau ‘bertuah’ bekerja dengan sekumpulan individu yang sentiasa memberikan usaha terbaik untuk memastikan City menjadi pasukan yang hebat.

“Saya mendedikasikan dan ingin berkongsi anugerah ini dengan mereka,” tambahnya. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 4 tahun yang lalu

City Bangkit Untuk Mempertahankan Kejuaraan Liga

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Kebangkitan Man City Kekalkan Kelebihan Dalam Perebutan Mahkota Liga

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad