web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 12:13PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Manchester City pastinya akan menjadi ramalan ramai peminat bola sepak untuk mendominasi Liga Perdana Inggeris sekali lagi, dengan musim baharu 2023/2024 dijadualkan bermula Jumaat ini.

Bekas pemain Arsenal, Giovanni van Bronckhorst percaya bahawa pasukan di bawah bimbingan Pep Guardiola itu bertambah kuat berbanding sebelum ini, dan mempunyai segala yang diperlukan untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut sejak musim 2020/2021.

“Mereka (Manchester City) adalah pilihan (untuk memenangi Liga Perdana 2023/2024)… mereka mempunyai jurulatih terbaik di dunia dan seluruh pasukan kelihatan begitu selesa (di bawah Guardiola),” katanya kepada media ketika ditemui pada satu majlis anjuran syarikat penyiaran berbayar Astro, di sini, malam tadi.

Mengenai peluang Arsenal pada musim akan datang, bekas pemain tengah itu berkata pasukan 'The Gunners' itu sekali lagi akan menjadi pencabar kuat untuk kejuaraan Liga Perdana selepas menduduki tempat kedua di belakang Manchester City musim lepas.

Jagoan bola sepak berumur 48 tahun yang berasal dari Belanda itu berkata Arsenal pasti akan belajar daripada kesilapan mereka selepas penghujung musim lepas yang mengecewakan, yang menyaksikan mereka mendahului liga selama 248 hari sebelum kehilangan gelaran kepada ‘The Citizens’.

Sementara itu bekas pengurus Rangers dan Feyenoord itu turut meramalkan Liverpool, Chelsea atau Newcastle United menduduki empat tempat teratas liga, yang menjamin penyertaan secara automatik ke pertandingan kelab elit Eropah UEFA Champions League.

Malam tadi, Arsenal mendapat suntikan semangat tinggi untuk cemerlang dalam kempen Liga Perdana baharu mereka apabila memenangi piala Community Sheild dengan menewaskan Manchester City 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1 selepas tamat tempoh masa permainan di Stadium Wembley, London. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

2

Sukan 4 tahun yang lalu

City Bangkit Untuk Mempertahankan Kejuaraan Liga

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Kebangkitan Man City Kekalkan Kelebihan Dalam Perebutan Mahkota Liga

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Man City Lebarkan Jurang Di Puncak Liga

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad