web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 6:45AM

Haaland meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Erling Haaland menjaringkan dua gol dalam penampilan sulung Liga Perdana Inggerisnya dan membantu Manchester City membuka tirai musim baharu dengan mengalahkan West Ham 2-0.

Manchester United pula dimalukan 2-1 di laman sendiri oleh Brighton dalam perlawanan pertama Erik ten Hag.

Haaland membuktikan kehebatan beliau sejak melengkapkan perpindahan daripada Borussia Dortmund untuk memberi juara bertahan liga permulaan sempurna dalam cuaca panas terik di timur London.

Penyerang daripada Norway itu dibawa masuk sebagai pengganti Sergio Aguero dan memulakan karier Citynya dengan dua gol seperti penjaring terbanyak kelab dari Argentina itu.

“Kami tahu dia seorang penyerang yang berbisa. Dia seorang yang membuat larian daripada bahagian tengah dan mempunyai penyudah yang berbisa.

“Beliau sedang menyesuaikan diri dengan cara kami mahu bermain dengan baik. Kami akan cuba mencipta peluang untuk beliau menjaringkan gol,” kata pengurus City Pep Guardiola.

Nasib Manchester United pula berbeza dengan Ten Hag tumpas dalam perlawanan pertama mengendalikan kelab itu.

Pascal Gross menjaringkan dua gol dalam sembilan minit untuk memberi Brighton kelebihan menjelang waktu rehat.

Kesilapan penjaga gol Brighton Robert Sanchez menyebabkan Alexis Mac Allister menjaringkan gol sendiri untuk jaringan saguhati buat United.

“Ini adalah permulaan yang terburuk buat kami, ketinggalan 2-0 pada waktu rehat di Old Trafford.

“Ini tidak cukup bagus. Kami cuba sedaya upaya untuk mendapatkan satu gol dan mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan.

“Ini adalah permulaan yang buruk buat kami,” kata kapten United Harry Maguire. - AFP

Keputusan lain:

Leicester 2 Brentford 2

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja