web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mickelson Menjadi Pemenang Kejohanan Golf Major Tertua Di Usia 50 Tahun

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 10:50AM

Phil Mickelson - Gambar dari Twitter PGA Championship

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PULAU KIAWAH - Pemain kidal dari Amerika Syarikat (AS) Phil Mickelson menjadi pemenang kejohanan golf Major tertua dalam sejarah sukan itu awal pagi tadi.

Mickelson, yang berusia 50 tahun, memenangi kejohanan PGA Championship dengan dua strok untuk kejuaraan Major keenam beliau.

Dia membawa pulang wang tunai RM8.6 juta selepas memberi aksi menakjubkan dalam keadaan berangin di Pulau Kiawah manakala saingan daripada pemain yang lebih muda pudar.

“In adalah hari yang luar biasa.

“Semestinya ini satu momen yang akan saya hargai sepanjang hidup saya,” katanya.

Mickelson memadam rekod pemain AS Julius Boros yang menjuarai kejohanan PGA Championship 1968 pada umur 48 tahun.

Mickelson mencatat keputusan pusingan akhir satu di atas par 73 untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan enam di bawah 282.

Pemain dari Afrika Selatan Louis Oosthuizen dan pemain AS Brooks Koepka berkongsi kedudukan kedua.

Ini adalah kejuaraan Major pertama Mickelson sejak Terbuka Britain pada 2013.

“Ini adalah perasaan yang hebat kerana saya percaya yang ia satu perkara yang boleh dikecapi tetapi ramai yang berkata sebaliknya.

“Saya harap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada orang lain,” kata Mickelson. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Nepal Lemas, Jatuh Tasik Ketika Kutip Bola Golf

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bekas Pemain Golf Profesional M. Ramayah Meninggal Dunia

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Morikawa Cemerlang Dalam Penampilan Pertama Di Terbuka Britain

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Gavin Green Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar