web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liverpool, Chelsea Layak Ke Liga Juara-Juara Eropah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 10:45AM

Aguero dilambung ke udara oleh rakan sepasukannya, meraikan pencapain beliau bersama City dalam penampilan terakhirnya bersama kelab itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Liverpool dan Chelsea berjaya merebut dua tempat terakhir untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini semalam.

Ini bermakna Leicester City terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah buat musim kedua berturut-turut.

Setelah Manchester City merangkul kejuaraan liga ketiga mereka dalam empat musim dan Manchester United dijamin menamatkan musim di tempat kedua, fokus saingan jatuh pada dua tempat terakhir dalam posisi empat teratas.

Menjelang aksi terakhir semalam, hanya satu mata memisahkan Chelsea di tempat ketiga daripada Leicester di tempat kelima.

Dua gol daripada Sadio Mane memberi Liverpool kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace manakala anak buah Thomas Tuchel terhutang budi kepada kejatuhan Leicester di babak kedua menentang Tottenham di Stadium King Power.

Chelsea kalah 2-1 kepada Aston Villa tetapi kekalahan 4-2 anak buah Brendan Rodgers menyelamatkan pasukan dari London itu.

Gol daripada Bertrand Traore dan Anwar El Ghazi memberi kelebihan 2-0 kepada Villa.

Ben Chilwell menjaringkan gol sagu hati buat Chelsea.

Leicester terpaksa berpuas hati dengan saingan Liga Europa musim depan hanya seminggu selepas memenangi Piala FA buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

Jamie Vardy memberi harapan kepada Leicester selepas dua gol penalti beliau memberi kelebihan 2-1 kepada bekas juara liga itu, dengan tinggal 16 minit perlawanan.

Tetapi gol sendiri Kasper Schmeichle dan dua jaringan lewat dari Gareth Bale melengkapkan kebangkitan Tottenham.

Harry Kane, yang hampir pasti membuat penampilan terakhir buat Tottenham selepas meminta untuk berpindah ke kelab lain, juga menjaringkan gol buat kelab London itu.

Kapten England itu juga merangkul anugerah but emas selepas mengatasi penyerang Liverpool Mohamed Salah dengan membuat 23 jaringan musim ini, lebih satu gol daripada pemain dari Mesir itu.

West Ham akan menyertai Leicester di Liga Europa selepas menundukkan Fulham 3-0.

Tottenham menamatkan musim di tangga ketujuh untuk layak ke Liga Persidangan Europa.

Sergio Aguero pula menamatkan kariernya di City dengan bergaya selepas menjaringkan dua gol untuk membantu The Citizens membenam Everton 5-0.

Anak buah Pep Guardiola, yang menamatkan saingan musim ini 12 mata di hadapan Manchester United, meraikan kemenangan mereka bersama trofi liga selepas permainan tamat.

Kelab itu juga memberi penghormatan kepada Aguero, di mana 184 jaringan di Liga Perdana Inggeris beliau adalah terbanyak buat seorang pemain untuk sebuah kelab. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad