web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurus Besar KOM Disahkan Positif COVID-19

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 5:17PM

Datuk S M Muthu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terus diburu kebimbangan apabila terkini Pengurus Besarnya pula disahkan positif COVID-19 pada Selasa.

Presiden KOM Datuk S M Muthu berkata pejabat persatuan telah ditutup serta-merta selama 14 hari dan beroperasi dari rumah sementara tiga kakitangan sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Dua hari lepas, Bernama melaporkan ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, isteri dan anak lelakinya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.

“Keputusan ujian saya adalah negatif manakala kakitangan persatuan pula masih menunggu keputusan ujian dan diharap kesemuanya adalah negatif. Saya berada di pejabat sekitar dua jam, memakai pelitup muka setiap masa,” katanya ketika dihubungi.

Muthu berkata keadaan Mohd Manshahar semakin pulih manakala atlet kebangsaan yang terlibat dengan program Olimpik dan Sukan SEA meneruskan latihan secara kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Sementara itu, KOM sedang melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan atlet kebangsaan dalam acara trek dan padang layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan.

Muthu berkata adalah penting untuk atlet kebangsaan menyertai Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19 hingga 20 Jun ini sebelum tarikh akhir kelayakan ke Olimpik pada 29 Jun.

“Setelah sekian lama tanpa kejohanan di luar negara, kejohanan ini sangat penting kepada atlet negara untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik dan sebagai persiapan awal menjelang Sukan SEA Hanoi pada November.

“Setakat ini, MSN telah memberikan lampu hijau dan menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekarang kita juga menunggu kebenaran daripada Kazakhstan,” katanya.

KOM menyenaraikan 11 atlet untuk membawa cabaran skuad olahraga di Almaty diketuai jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei selain Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Andre Anura Anuar (lompat jauh) dan Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang).

Turut tersenarai Muhammad Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa (100 meter lelaki), Khairul Hafiz Jantan (200m) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar