web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2024 2:29PM

Anwar Ibrahim menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda). - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ibu negara Astana pada Khamis.

"Kazakhstan dan Malaysia mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama yang lama...Kami bersedia untuk melakukan usaha tambahan untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama kami dalam banyak bidang penting," kata Tokayev semasa perbincangan dengan Anwar, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan presiden Kazakhstan.

Sambil menegaskan beliau percaya lawatan Anwar akan memberi dorongan kuat kepada perkembangan lanjut hubungan antara Kazakhstan dan Malaysia, Tokayev berkata asas kukuh kerjasama yang saling menguntungkan telah terbentuk sepanjang 30 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Tokayev seterusnya berkata beliau percaya ini menjadi semakin penting, "dengan mengambil kira realiti geopolitik dan ekonomi moden."

Beliau berkata faktor terpenting dalam pembangunan hubungan Kazakhstan-Malaysia adalah hubungan perniagaan, yang mana mereka mengalu-alukan pelaksanaan projek baharu yang berjaya dengan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dan menyampaikan kesediaan kerajaannya untuk menyediakan bantuan yang diperlukan.

Sementara itu, Anwar menekankan Malaysia amat mementingkan pengukuhan perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan Kazakhstan, menyatakan mereka boleh "memanfaatkan sepenuhnya hubungan ekonomi yang semakin berkembang."

"Kami mempunyai cadangan tertentu. Kami merancang untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan menteri anda mengenai isu import dan eksport. Kami telah mewujudkan pasaran komoditi yang besar di Malaysia.

"Kini negara kami telah menjadi hab serantau untuk pengeluaran cip komputer, dengan pelaburan yang signifikan dari AS, Eropah, terutamanya Jerman dan China. Saya percaya kami boleh berkongsi pengalaman ini dan pada masa yang sama belajar dari pengalaman anda dalam transformasi yang anda laksanakan dengan agak berjaya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad