web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhammad Fadhil Kini No 1 Dunia Acara Ujian Masa

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:34PM

Muhammad Fadhil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal trek kebangsaan Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini mengungguli ranking teratas dunia acara Ujian Masa Lelaki Elit, menurut Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), semalam.

Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mengumpul 1,762.50 mata, naik empat anak tangga selepas mengutip 720 mata apabila meraih pingat perak acara 1km Ujian Masa pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Hong Kong, minggu lepas.

Muhammad Fadhil adalah pemegang rekod kebangsaan dan Asia acara 1km Ujian Masa selepas mencatat 1 minit 00.305 saat di Kejohanan Dunia Berlin tahun lepas.

Seorang lagi pelumba negara Muhammad Ridwan Sahrom yang  menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Hong Kong menghuni ranking ke-25 selepas mengumpul 600 mata.

Kejayaan Muhammad Ridwan di Hong Kong turut menyumbang kepada peningkatan ranking Malaysia sebanyak 13 anak tangga kepada kedudukan ketujuh dunia dengan jumlah terkumpul 1,412.50 mata, berdasarkan kemas kini yang disiarkan di laman web UCI.

Sementara itu, harapan pingat emas Sukan Olimpik negara Mohd Azizulhasni Awang hilang takhta nombor satu acara pecut lelaki selepas dipintas tiga pelumba Jepun.

Pelumba berusia 33 tahun itu tidak mengambil bahagian pada kejohanan berkenaan, turun ke kedudukan keempat dengan jumlah terkumpul 1,300 mata, di belakang Tomohiro Fukuya (1,632.5), Yudai Nitta (1,405) dan Yuta Wakimoto (1,335).

Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula jatuh lima tangga kepada kedudukan ke-20 dengan 792.5 mata, manakala Muhammad Fadhil naik 81 tangga kepada kedudukan ke-25 dengan 756 mata.

Bagi acara keirin, Mohd Azizulhasni turun dua anak tangga kepada kedudukan kelima dengan 1,240 mata manakala Mohd Fadhil naik 172 anak tangga kepada kedudukan ke-11 dunia dengan 890 mata.

Pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi pula, turut mempamerkan peningkatan dalam ranking terkini apabila menduduki tangga ke-11 dengan mengumpul 720 mata.

Anis Amira meningkat 108 anak tangga selepas meraih pingat gangsa acara 500m Ujian Masa Wanita di Hong Kong.

Dalam acara keirin, pelumba berusia 23 tahun itu meningkat 37 anak tangga kepada kedudukan ke-35 selepas mengumpul 549 mata dan menduduki ranking ke-40 acara pecut dengan 573 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Saya Ambil Risiko Sekali Lagi Demi Negara Tercinta - Mohd Azizulhasni

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pemergian Abu Samah Khabar Duka Buat Arena Berbasikal Negara, Antarabangsa

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad