web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tang Jie-Ee Wei Dinobatkan Juara Terbuka Taipei 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 6:03PM

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya merangkul gelaran Jelajah Dunia kedua selepas dinobatkan juara Terbuka Taipei 2023 hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya merangkul gelaran Jelajah Dunia kedua selepas dinobatkan juara Terbuka Taipei 2023 hari ini.

Pasangan pilihan keempat itu menafikan peluang gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min untuk merangkul gelaran Super 300 di laman sendiri, 21-12, 21-8, dalam perlawanan akhir yang didominasi sepenuhnya oleh gandingan negara yang berlangsung selama 30 minit di Tian-mu Arena, University of Taipei.

Beberapa kesilapan yang dilakukan pasangan tuan rumah memberi kelebihan buat Tang Jie-Ee Wei untuk mendahului dengan lima mata pada 11-6 dan terus mengekalkan momentum cemerlang mereka untuk menang set pertama, 21-12.

Pasangan nombor 19 dunia itu mempamerkan aksi garang di awal permainan set kedua untuk mendahului lawan Hsiang Chieh-Xiao Min 5-0, dengan mempamerkan corak serangan yang menakjubkan membuatkan pasangan ranking ke-50 dunia itu hilang arah, menyaksikan gandingan negara mengesahkan kejuaraan, 21-8.

Tang Jie-Ee Wei, yang bergandingan akhir tahun lepas, telah membuktikan komitmen mereka apabila dalam tempoh hampir dua bulan berjaya merasai kejayaan pertama merangkul gelaran Cabaran Antarabangsa Iran 2023, menewaskan rakan senegara Hoo Pang Rong-Teoh Mei Xing 21-19, 21-15, awal Februari lepas.

Pasangan negara itu kemudian merangkul kejuaraan sulung siri Jelajah Dunia Kejohanan Master Orleans 2023 di France selepas menumbangkan satu lagi pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, 21-19, 21-17, April lepas.

Kemenangan hari ini menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mengakhiri kemarau 19 tahun untuk pasangan beregu campuran Malaysia melangkah ke podium selepas Koo Kien Keat-Wong Pei Tty kali terakhir memenanginya pada edisi 2004.

Tang Jie-Ee Wei meraih US$16,590 (RM77,562) susulan kemenangan besar mereka hari ini manakala naib juara Hsiang Chieh-Xiao Min, memperoleh US$7,980 (RM37,308).

Satu lagi pasangan Malaysia yang merupakan pilihan kelima, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan mempertahankan gelaran mereka menentang pilihan kedua, Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan, dalam perlawanan akhir beregu lelaki, yang akan diadakan lewat hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Jomlah Ke Taiwan, Biarpun Kecil Namun Banyak Yang Menanti

4

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad