web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vietnam Sahkan Sukan SEA Akan Berlangsung Seperti Dijadualkan - MOM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 7:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vietnam mengesahkan bahawa Sukan SEA Ke-31 akan berlangsung seperti dijadualkan dari 21 Nov hingga 2 Dis tahun ini di Hanoi, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

MOM berkata Vietnam mengesahkan perkara itu semasa mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara maya hari ini di tengah-tengah pandemik COVID-19 sementara Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan  (NOC) yang menyertainya juga telah mengemas kini keadaan pandemik di negara masing-masing.

“Mesyuarat itu kemudian menugaskan Jawatankuasa Perubatan SEAGF untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Ke-31 Vietnam 2021 untuk menubuhkan langkah dan protokol terperinci COVID-19 untuk dilaksanakan pada Sukan SEA nanti,” kata MOM menerusi satu kenyataan di Facebook, malam ini.

MOM menyatakan Mesyuarat Chef-de-Mission akan diadakan pada 15 Jun secara dalam talian, sementara buku panduan teknikal untuk semua 40 sukan yang sedia untuk diedarkan pada hari yang sama.

Mesyuarat maya itu juga akan menyaksikan NOC Kemboja membentangkan satu laporan ringkas persiapan penganjuran Sukan SEA ke-32, yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 16 Mei 2023, di Phnom Penh, Kemboja.

Kemboja merancang untuk menganjurkan 30 hingga 35 sukan pada edisi ke-32 temasya sukan serantau itu.

“Pejabat SEAGF akan menjadi tuan rumah mesyuarat bulanan untuk mengemas kini ahli NOC SEAGF mengenai perkembangan terkini COVID-19 dan bagi menerima laporan kemajuan daripada Jawatankuasa Penganjur edisi Ke-31 Sukan SEA Vietnam 2021 dan edisi Ke-32 Sukan SEA Kemboja 2023,” kata MOM.

MOM diwakili Presiden Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Agung Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Datuk Dr S S Cheema dalam mesyuarat dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif SEAGF Datuk Seri Chaiyapak Siriwat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 39 minit yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad