web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chelsea Ketepikan Leicester, Man City Dikejutkan Brighton

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 7:19AM

Jorginho memberi isyarat tangan 2-0 selepas menjaringkan gol kedua Chelsea. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea mencerahkan lagi harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah selepas mengalahkan Leicester 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Brighton pula bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mengalahkan Manchester City yang bermain dengan 10 orang untuk mengatasi juara liga itu 3-2.  

Para penyokong dibenarkan untuk kembali mengisi stadium minggu ini buat kali pertama sejak Disember berikutan pelonggaran prosedur operasi standard coronavirus di England.

Sekitar 8,000 penyokong hadir ke Stamford Bridge menyaksikan Chelsea naik ke tangga ketiga liga selepas mengalahkan Leicester dan 7,900 penyokong menonton Brighton mengetepikan City.

Sekitar 10,000 penyokong hadir ke Old Trafford untuk menyaksikan Manchester United seri dengan Fulham dan 8,000 hadir untuk menyaksikan Southampton ditundukkan 2-0 oleh Leeds.

Chelsea membalas kekalahan 1-0 mereka kepada Leicester di final Piala FA pada Sabtu lalu untuk memperkuat pegangan mereka kepada posisi empat teratas liga.

Antonio Rudiger membuka jaringan di minit ke-47 sebelum Jorginho menjaringkan penalti di minit ke-66 buat Chelsea.

Kelechi Iheanacho menjaringkan gol sagu hati buat Leicester.

Selepas merangkul kejuaraan liga, Manchester City kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea di Porto pada 29 Mei.

Tetapi anak buah Pep Guardiola ditundukkan buat kali kedua dalam tiga perlawanan selepas dikejutkan oleh Brighton pada babak kedua.

Ilkay Gundogan memberi kelebihan awal kepada City selepas menanduk bola masuk ke gawang Brighton daripada hantaran Riyad Mahrez.

Kemudian Joao Cancelo dibuang padang pada minit ke-10 selepas beliau menjatuhkan penyerang Brighton Danny Welbeck.

Phil Foden menambah jaringan City pada minit ke 48, tetapi Leandro Trossard membalas jaringan tidak lama selepas itu.

Kemudian Adam Webster menyamakan keadaan pada minit ke-72 sebelum Dan Burn menjaringkan gol kemenangan Brighton empat minit selepas itu. 

Peminat United hadir ke Old Trafford dalam keadaan damai walaupun timbul kerisauan yang akan ada lagi tunjuk perasaan menentang pemilikan keluarga Glazer.

Ramai peminat memakai skaf hijau dan kuning, warna simbolik protes terhadap keluarga Glazer yang mengambil alih kelab itu pada 2005.

Edinson Cavani menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 tetapi Joe Bryan menyamakan kedudukan pada minit ke-76 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar