Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mohd Azizulhasni Juara Keirin, Ulangi Pencapaian Emas Berganda

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:30PM

Azizulhasni Awang mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.

Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.

Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain turut meraih perak acara pecut berpasukan edisi tersebut, manakala ini hanya kali ketiga meraih emas keirin (2008, 2015, 2023).

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga harus diberi pujian, kerana bersemangat kental untuk meneruskan perlumbaan selepas kemalangan pada separuh akhir, untuk bangkit meraih gangsa acara berkenaan.

Pingat perak menjadi milik juara Piala Negara-Negara UCI di Cairo, Mesir, Shinji Nakano, manakala juara bertahan Kohei Terasaki menamatkan saingan di tempat keempat.

Bercakap kepada pemberita selepas kejayaan itu, juara dunia keirin 2017 itu yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022, berkata bukan mudah untuk mengulangi kejayaan emas berganda ACC, kerana persaingan di Asia kini sudah meningkat.

“Apabila saya mendapat undian bermula dari tempat ketujuh pada final, ia bukan permulaan yang baik. Namun, saya kekal fokus dan terus pergi ke depan apabila perlumbaan bermula kerana tahu akan berdepan saingan sengit dari pelumba Jepun.

“Saya kekal dalam kelompok depan, lihat tiada pelumba lain yang mahu pergi ke depan. Jadi apabila memasuki pusingan terakhir, saya terus memecut sehingga garisan penamat, memastikan tayar saya pertama melintasi garisan.

“Ini mungkin ACC terakhir buat saya, dan bukan sesuatu yang mudah untuk ulangi kejayaan berganda, kerana persaingan di Asia sekarang dah hampir sama macam peringkat dunia. Saya harap dapat kekalkan prestasi ini, tingkatkan sedikit lagi sebelum Kejohanan Dunia, tiga minggu lagi (di Glasgow, Scotland),” katanya.

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Mohd Azizulhasni mara ke final selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Ota Kaiya.

Shah Firdaus pula, berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan berkumpulan ketika saingan separuh akhir kedua berbaki satu pusingan, dengan hanya Terasaki sahaja yang berjaya terselamat daripada pelanggaran itu.

Namun, semangat kental pelumba berusia 27 tahun itu harus dipuji apabila beliau bangkit untuk menamatkan perlumbaan, walaupun mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan pelana basikalnya patah ketika kemalangan tersebut, untuk melayakkan diri ke final. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Pocket Rocketman Masih Berbisa, Peroleh Emas Di Piala UCI Adelaide

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Trio Pecut Berpasukan Sumbang Pingat Pertama Malaysia Di ACC 2023

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Juara Dunia Aaron-Wooi Yik Ceriakan Arena Sukan Negara 2022

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 11 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi