web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Selesaikan Pusingan Pertama Liga Super 2023 Dengan Rekod Bersih

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:18AM

Pemain Penang FC Giovane Gomes Da Silva (dua, kiri) merebut bola dengan pemain-pemain Johor Darul Ta’Zim (JDT) pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town, malam tadi.

Skuad bimbingan Esteban Solari mencipta rekod tersendiri dengan mengumpul 39 mata maksimum dan hanya membolosi satu gol dan menghasilkan 51 jaringan.

JDT mendahului liga dengan kelebihan 11 mata, mengatasi Selangor FC di tangga kedua.

Tonggak pertahanan JDT, La’vere Lawrence Corbin Ong membuka tirai jaringan buat Harimau Selatan menerusi sepakan voli rendah dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Shafiq Afifi Suhaimi, pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Penang, yang dibimbing Manzoor Azwira Abd Wahid, hampir mendapatkan gol penyamaan namun percubaan pemain pertahanan, A. Namathevan, sedikit melewati palang gol pada minit ke-25.

Bersambung babak kedua, Harimau Kumbang terus kecewa apabila percubaan oleh Giovane Gomes Da Silva  dihalang oleh pemain gantian JDT, Ignacio Insa Bohigues pada minit ke-51 manakala pelawat menoktahkan kemenangan menerusi jaringan penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri, lima minit sebelum masa sebenar tamat.

Keputusan semalam menyaksikan Penang pula turun satu anak tangga ke tempat ke-10 dengan 14 mata.

Sementara itu, pencabar terdekat JDT, Selangor FC tewas mengejut kepada PDRM, 1-0, di tempat lawan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Jaringan tunggal penyerang import, Bruno Suzuki pada minit ke-61 sudah cukup untuk pasukan bimbingan Azzmi Aziz itu melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menang bergaya ke atas Kelantan FC, 4-1, pada 23 Mei lepas sekali gus memastikan mereka memungut tiga mata penuh untuk naik satu anak tangga di tempat kesembilan dengan 16 mata.

Aksi di Stadium Perak, Ipoh, pada sebelah petang pula menyaksikan pengendali baharu Perak FC, Yusri Che Lah gagal melepasi ujian pertama apabila pasukan bimbingannya ditewaskan Terengganu FC, 0-3.

Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn  memanfaatkan kesilapan pertahanan Perak yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya untuk menjaringkan gol pertama lawan, enam minit selepas perlawanan bermula dan Sony Norde pula menggandakan jaringan pasukannya hasil daripada serangan balas, 10 minit kemudian.

Pemain gantian Jordan Mintah terus menambah luka tuan rumah apabila berjaya menanduk masuk gol ketiga pelawat hasil sepakan sudut pada minit ke-74 untuk memastikan mereka membawa pulang tiga mata dan berada di tangga keenam dengan 20 mata manakala Perak pula kekal di tangga ke-11 dengan sembilan mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad