web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Terlepas Kejuaraan Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 9:30PM

Pearly Tan-M.Thinaah (kiri) tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee pada aksi final Masters Malaysia 2023, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan pertama mereka di laman sendiri selepas tewas pada aksi final Masters Malaysia 2023, hari ini.

Gandingan negara bermula sedikit goyah dengan mulanya ketinggalan di belakang pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee 4-6, sebelum keadaan cemas timbul apabila pengadil memberhentikan perlawanan selama empat minit bagi memberi laluan Pearly mendapatkan rawatan akibat kecederaan di betis kirinya ketika Malaysia mendahului 19-16.

Berikutan itu, pasangan Korea Selatan berjaya mencuri kesempatan untuk mengejar mata dan menamatkan saingan set pertama dengan kemenangan 22-20.

Sokongan dan sorakan gemuruh penonton yang memenuhi Axiata Arena hari ini membakar semangat Pearly-Thinaah untuk bangkit menguasai perlawanan kedua dengan 21-8 untuk mengheret kepada perlawanan penentuan.

Ketinggalan 10-16, pasangan negara cuba bangkit untuk mengejar kedudukan namun ternyata kehebatan wakil Korea Selatan itu lebih terserlah untuk menamatkan set penentuan dengan kemenangan 21-17 dalam saingan sepanjang satu jam 41 minit.

Pearly berkata mereka perlu melakukan analisis dan kembali lebih kuat selepas ini.
Pearly berkata mereka perlu melakukan analisis dan kembali lebih kuat selepas ini.

Ketika ditemui selepas aksi final, Pearly berkata beliau kecewa kerana tidak memenangi set pertama dan mengakui tahap kecerdasan yang kurang menjadi faktor utama menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara di kejohanan Super 500 pertama mereka.

Beliau juga mengakui, mereka mula hilang fokus pada set penentuan selepas Ha Na-So Hee mendahului mata sebelum waktu rehat dan Pearly hampir muntah sebelum tamat aksi final kerana terlalu keletihan.

“Sudah tentu tahun ini banyak naik turun, ia satu permulaan yang baik untuk kami tapi kami belum puas dan berharap boleh jadi lebih baik.

“Kita perlu lakukan analisis dan kembali lebih kuat selepas ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sejak awal tahun ini, Masters Malaysia 2023 merupakan pencapaian terbaik gandingan Pearly-Thinaah selepas hanya tiga kali mara ke separuh akhir bermula dengan Terbuka India dan Masters Indonesia (Januari) serta Terbuka Jerman (Mac). 

Kali terakhir beregu wanita meraih kejuaraan pada Masters Malaysia adalah pada edisi 2012 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang menewaskan lawan dari Singapura Shinta Mulia Sari-Yao Leo 21-18, 21-18 pada aksi final.

Pasangan di ranking ke-11 dunia itu membawa pulang hadiah wang tunai US$15,960 selaku naib juara manakala selaku juara, Ha Na-See Hoo memperolehi US$33,180 berserta trofi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Masters Malaysia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

 Pearly - Thinaah Cipta Sejarah Beregu Wanita Pertama Juara Terbuka Perancis

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Kejutan Kanada Akhiri Kempen Malaysia Pada Saingan Piala Uber

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad