web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Masters Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:22PM

Pearly Tan-M.Thinaah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas kecundang pada set pertama, sekali gus menempat slot ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas kecundang pada set pertama, sekali gus menempat slot ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia 2023.

Gandingan pilihan keenam kejohanan itu melakukan kejutan dengan menewaskan beregu pilihan keempat daripada Jepun, Yuku Fukushima-Sayaka Hirota, di Axiata Arena, di sini hari ini.

Pearly-Thinaah bermula kurang baik dengan beberapa kesilapan di jaring yang mengakibatkan pasangan Malaysia itu tewas 13-21 pada set pertama.

Meskipun ketinggalan sebaik bermula set kedua, beregu nombor 11 dunia itu bekerja keras untuk menyamakan kedudukan 16-16 dan akhirnya berjaya membawa permainan ke set penentuan apabila mendominasi set kedua dengan 21-19.

Pasangan itu sekali lagi berjaya bangkit apabila ketinggalan 1-6 dalam set ketiga dan terus mempamerkan aksi mantap untuk membawa kedudukan ke 18--15, sebelum meraih kemenangan 21-16 selepas bertarung hampir dua jam.

Beregu Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong menanti Pearly-Thinaah di separuh akhir selepas pilihan kelima kejohanan itu mengejutkan pilihan kedua Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti daripada Indonesia, 21-15, 18-21, 21-16.

Meskipun kelelahan pada dua set terakhir, Pearly mengakui kehadiran ahli keluarganya memberi semangat untuk beliau meneruskan perlawanan dan mara ke peringkat seterusnya bersama Thinaah.

“Saya bukan cedera tapi saya pada suatu ketika saya tak mampu berdiri dan stabilkan badan di gelanggang, namun saya tak mahu kecewakan pasangan saya yang banyak membantu saya.

“Saya juga tak nak kecewakan jurulatih. Saya cuma beritahu diri sendiri untuk jadi lebih kuat dan berjuang hingga saat akhir,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan. 

Ditanya mengenai insiden pada set ketiga apabila pengadil secara tiba-tiba menghentikan permainan ketika ‘rally’ panjang dan pasangan Jepun mendahului 12-11, Pearly berkata tiada apa yang dapat mereka lakukan tentang keputusan itu.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky, mempersoal kewajaran keputusan kontroversi pengadil daripada Serbia, Alexander Olennikov, yang secara tiba-tiba memberhentikan perlawanan ketika rali panjang pada set ketiga.

“Pemain penat ketika rali panjang namun pengadil berhentikan permainan kerana melihat jurulatih Jepun sedang bercakap kepada pemainnya, saya terus bangun dan mengadu kerana mereka juga bekas pemain dan harus faham pemain sememangnya penat. Ini kali pertama saya berdepan insiden sebegini,” katanya.

Beliau pada masa sama meluahkan kekecewaannya kerana melihat peraturan badminton terlalu ketat sehinggakan pemain tidak mendapat kebebasan sewajarnya.

Dalam pada itu, pakar beregu dari Indonesia itu mengakui Pearly masih terkesan dengan impak permainan semalam yang turut menyaksikan mereka menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan, menentang satu lagi gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.

Pasangan Malaysia merekodkan kemenangan 21-18, 8-21, 21-19 pada perlawanan itu untuk menempah tiket ke suku akhir.

Selepas melihat Pearly hampir putus asa, Rexy berkata beliau terus cuba menaikkan semangatnya untuk meneruskan perlawanan kerana pemain tersebut mempunyai pengalaman menempuh latihan yang sukar sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Terlepas Kejuaraan Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad