web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Pearly - Thinaah Cipta Sejarah Beregu Wanita Pertama Juara Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:03AM

Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selepas menumbangkan Mayu Matsumoto - Wakana Nagahara untuk menjuarai Terbuka Perancis, malam tadi. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah dalam menamatkan kemarau kejuaraan selepas mengungguli kejohanan badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertine di Paris, malam tadi.

Kejayaan menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15 di pentas final itu, menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka Perancis.

Kemenangan itu ialah gelaran kedua dan kejayaan terbesar pasangan nombor 11 dunia itu dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac tahun lepas.

Aksi yang berlanjutan hingga 72 minit itu ialah pertemuan pertama kedua-dua pasangan.

Pada set pertama, Pearly-Thinaah yang bermula perlahan berjaya bangkit dengan menampilkan aksi berkeyakinan untuk terus mendahului perlawanan hingga 18-10, namun berdepan detik cemas apabila dikejar 20-19 sebelum berjaya meraih mata kemenangan.

Momentum positif itu gagal diteruskan dalam set kedua meskipun mereka berusaha gigih menandingi kehebatan Matsumoto-Nagahara yang lebih ‘ghairah’ dan cemerlang memenangi setiap mata sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Selepas tunduk di set kedua, Pearly-Thinaah bermula perlahan di set ketiga apabila ketinggalan 2-6, namun bangkit tampil lebih cekap, bermotivasi serta kurang melakukan kesilapan untuk mendominasi perlawanan bermula di kedudukan 8-7 sehingga menoktahkan kemenangan dengan kelebihan enam mata.

Sebelum ini, bekas beregu wanita negara Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul naib juara Terbuka Perancis pada 2008.

Terbuka Perancis ialah kejohanan acara Jelajah Dunia Super 750 BWF, kejohanan tahap tiga yang menawarkan hadiah bernilai US$49,950 (kira-kira RM235,000) bagi pemenang acara beregu dan US$23,625 (kira-kira RM111,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF.

Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark muncul juara perseorangan lelaki selepas mengatasi rakan senegara Rasmus Gemke 21-14, 21-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Terlepas Kejuaraan Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad