web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejutan Kanada Akhiri Kempen Malaysia Pada Saingan Piala Uber

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 7:33AM

Kisona gagal memulakan menyumbangkan mata buat Malaysia. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Skuad muda negara menamatkan kempen Piala Uber tanpa kemenangan apabila kalah mengejut 4-1 kepada Kanada pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Arena Ceres di sini, awal pagi tadi.

Pemain perseorangan pertama negara, S Kisona, yang kembali semula ke gelanggang selepas direhatkan pada perlawanan menentang China sebelum ini, gagal menyuntik semangat skuad negara apabila tewas mengejut kepada pemain nombor 183 dunia, Talia Ng.

Pemain berusia 23 tahun itu membuka langkah pertama negara apabila melakarkan persembahan setanding dengan Talia dengan kedudukan 6-6 tetapi selepas itu mula hilang tumpuan dengan sering melakukan kesilapan.

Peluang itu dimanfaatkan oleh pemain Kanada itu dengan mengumpul tujuh mata secara berterusan sebelum menang set pertama 21-9.

Pada set kedua, Kisona, selaku pemain nombor 53 dunia, bangkit semula buat seketika dengan mendahului 5-1 tetapi sekali gagal mengekalkan rentak dengan mudah memberi kemenangan 21-14 kepada lawannya yang mengambil masa 36 minit untuk mengutip mata pertama untuk Kanada.

Pada perlawanan beregu pertama, wakil negara Teoh Mei Xing-Yap Ling, selaku pasangan nombor 68 dunia, memberi sedikit harapan untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 pada set pembukaan berdepan dengan beregu nombor 20 dunia, Rachel Honderich-Kristen Tsai.

Bagaimanapun, beregu Kanada itu menggunakan pengalaman beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, Ogos lalu, untuk menampilkan persembahan yang lebih mantap pada set kedua dengan kemenangan 21-10 untuk mengheret permainan kepada ‘rubber-set’ sebelum menang 21-14 dalam saingan selama 69 minit.

Kanada mengesahkan kemenangan 3-0 apabila pemain nombor 185 dunia, Rachel Chan tampil dengan aksi bertenaga untuk menyingkirkan wakil negara Woon Qi Xuan 21-12, 21-13 dalam masa 33 minit.

Gandingan baharu negara Go Pei Kee-M Thinaah akhirnya merapatkan jurang dengan menyumbang mata pertama negara apabila mengatasi Catherine Choi-Crystal Lai 21-12, 21-13 dalam masa 36 minit.

“Ini adalah kali pertama digandingkan dan tidak banyak berfikir tetapi hanya mahu turun untuk berjuang mengumpul setiap mata dengan harapan mencapai kemenangan.

“Malangnya tidak dapat membantu mengubah kedudukan tetapi kemenangan dalam saingan ini adalah bermakna dan gembira buat kami,” kata Thinaah.

Momentum kemenangan itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan oleh K Letshana pada perlawanan terakhir apabila tewas 21-17, 16-21, 21-12 kepada Wen Yu Zhang dalam saingan selama 50 minit itu.

Skuad Piala Uber negara meletakkan sasaran peringkat suku akhir tetapi gagal melepasi saingan peringkat kumpulan apabila tercorot dalam kedudukan kumpulan selepas tewas 4-1 kepada tuan rumah, Denmark, Sabtu lalu, 5-0 kepada China pada Ahad dan Kanada 4-1.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati dengan China dan Denmark mengesahkan slot ke suku akhir dengan masing-masing mencapai dua kemenangan.

Juara kumpulan tersebut akan ditentukan selepas pertembungan antara kedua-dua pasukan itu pada perlawanan terakhir kumpulan, malam Selasa.

Berikutan kempen skuad Piala Uber negara berakhir malam tadi, skuad lelaki negara akan membuka kempen Piala Thomas di venue sama dengan berdepan Kanada pada awal pagi esok sebelum berdepan dengan Jepun pada Khamis dalam saingan Kumpulan D. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Blackberry Nyata Hasrat Mahu Kolaborasi Dengan Malaysia - PM 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Kanada Umum Berpisah Dengan Isteri

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Terlepas Kejuaraan Di Laman Sendiri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir Masters Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 15 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish