web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kali Terakhir ‘Jumpa’ Melalui Panggilan Video - Bapa Haziq

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 7:54AM

Haziq rebah di rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - “Tak ada apa apa yang luar biasa. Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video.”

Demikian perkongsian detik-detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Haziq, 27, yang meninggal dunia secara mengejut semalam.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, beliau menjelaskan beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

“Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus,” katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pagi ini.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo di Jepun nanti.

“Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah,” katanya menahan sebak.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi tadi.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi semalam.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad