web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelumba Basikal Wanita Dakwa Mangsa Gangguan Seksual Kembali Sertai Latihan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 7:00AM

Atlet wanita itu kini berada dalam keadaan stabil selepas insiden itu berlaku dan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mewakili negara. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan pelumba wanita negara yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri kembali menjalani latihan semalam. 

Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata pihaknya telah melantik Nor Alfizar Othman sebagai jurulatih sementara skuad berbasikal bukit (MTB) berkuat kuasa Sabtu lepas (1 April) susulan isu itu bagi memastikan persiapan pasukan ke temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini berjalan lancar. 

“Semua pelumba (termasuk mangsa) sudah kembali ke kem latihan bermula semalam untuk menjalani latihan di Nilai. Namun, Nor Alfizar hanya pinjaman sementara daripada Majlis Sukan Negeri Kedah dan kembali ke Kedah selepas Sukan SEA tamat. 

“Berbaki 27 hari sebelum Sukan SEA bermula, jadi kami prihatin dengan mental, emosi dan fokus pelumba dan paling penting PKBM mahu pastikan atlet berada dalam keadaan selamat. Biar polis jalankan siasatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat antara PKBM dan MSN mengenai kes gangguan seksual atlet berbasikal di MSN, Bukit Jalil semalam. 

Nor Alfiza, 46, merupakan Jurulatih Sukan Berbasikal Negeri Kedah yang memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat pelumba muda meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sehingga mampu meraih pingat emas acara 500 meter ujian masa di New Delhi pada 20 Jun tahun lepas. 

Pada 31 Mac lepas, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB, dan pihaknya mengambil tindakan serta-merta menggantung jurulatih berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Amarjit Singh bagaimanapun berkata atlet wanita itu kini berada dalam keadaan stabil selepas insiden itu berlaku dan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mewakili negara dalam usaha mengibarkan bendera Malaysia di temasya dwitahunan itu.  

“Saya telah bercakap dengan beliau pada Sabtu lepas selama setengah jam melalui panggilan telefon. Emosinya terganggu apabila kejadian ini berlaku dan sudah tentu kami memuji (keberanian) beliau untuk tampil (buat laporan polis). 

“Namun selepas panggilan telefon dilakukan, beliau meyakinkan saya dan Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil, yang beliau sudah 100 peratus bersedia untuk menghadapi situasi (mendapat perhatian media) dan mewakili negara,” ujarnya. 

Sementara itu, Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil berkata sasaran mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran masih dikekalkan pada edisi Sukan Asia Tenggara edisi ini, namun corak latihan berkemungkinan berbeza sedikit daripada sebelum ini. 

Pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei lalu, skuad MTB negara tampil cemerlang menyumbang emas dalam acara rentas desa campuran berpasukan serta turut meraih satu perak dan gangsa dalam acara merentas desa wanita. 

Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad