web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jun Hoong Layak Ke Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 2:35PM

Jun Hoong beraksi dalam final 10m platform di Kejuaraan Dunia FINA di Budapest, Hungary pada 19 Julai 2017. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya layak ke Sukan Olimpik Tokyo Julai hadapan, selepas mengungguli pusingan awal acara 10 meter (m) platform individu wanita di Piala Dunia Terjun FINA hari ini.

Kejayaan Jun Hoong itu berikutan mengumpul 345.30 mata untuk layak ke peringkat separuh akhir, pada acara yang akan berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, di Jepun esok.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Facebook mereka hari ini mengesahkan slot Olimpik Tokyo itu.

“Tahniah!, Cheong Jun Hoong telah berjaya meraih satu slot lagi ke temasya Sukan Olimpik 2020 dalam acara 10m platform wanita,” seperti yang dimuat naik dalam akaun Facebook tersebut.

Seorang lagi penerjun kebangsaan Pandelela Rinong, juga turut layak ke separuh akhir selepas menduduki tempat keempat dengan 325.00 mata.

Sementara itu, Wendy Ng Yan Yee berpeluang untuk memberikan Malaysia emas pertama mereka di Piala Dunia itu, apabila akan beraksi dalam peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita, lewat hari ini.

Kejayaan itu sebagai mengubat kekecewaan kegagalan pasangan Pandelela-Leong Mun Yee memenangi pingat selepas hanya menduduki tempat keempat dalam acara akhir 10m platform seirama, pada Ahad.

Piala Dunia Terjun FINA 2021 yang berlangsung dari 1 hingga 6 Mei adalah kejohanan kelayakan terakhir untuk menempah tiket ke Olimpik Tokyo 2020.

Jun Hoong mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila beliau menjadi penerjun wanita Malaysia pertama yang memenangi kejuaraan dunia dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Dunia, di Budapest, Hungary di 2017. 

Kejayaan itu hadir setahun selepas memenangi pingat perak Olimpik Rio bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad