web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Axelsen Tewaskan Naraoka Untuk Pertahan Gelaran Terbuka Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 6:57PM

Axelsen berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2023 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.

Axelsen menjadi pemain badminton dari Eropah pertama yang berjaya mempertahankan gelaran itu, menewaskan bintang baharu Jepun Kodai Naraoka 21-6, 21-15 dalam masa 40 minit di Arena Axiata, hari ini.

Axelsen meraikan kejayaannya mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Axelsen meraikan kejayaannya mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Juara Olimpik dan juara dunia itu, membawa pulang US$87,500 (kira-kira RM379,300) hadiah wang kemenangan kerana memenangi kejohanan pembuka musim Super 1000, manakala Naraoka menerima US$42,500 (kira-kira RM184,200).

Axelsen berkata berdasarkan kepada permainan Naraoka yang bermain dalam perlawanan yang panjang sebelum ke final, beliau jelas kepenatan dan tidak dapat mempamerkan permainan sebenarnya dan tidak seperti pertemuan antara mereka berdua sebelum ini.

“Pada saya ia suatu yang bagus untuk cuba bermain dengan laju secara konsisten dan tidak memberikan beliau sebarang peluang dan tunjukkan kepada beliau, jika dia mahu menang, beliau kena kerja keras.

“Tahniah pada Kodai kerana minggu yang baik, dan beliau pemain masa hadapan, dan kita akan lihat lebih lagi dari beliau,” katanya.

Axelsen melalui musim 2022 yang cemerlang dengan memenangi enam gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), termasuk peringkat akhir musim Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, bulan lepas, selain menang Kejuaraan Dunia keduanya di Tokyo, pada Ogos.

Pemain berusia 29 tahun itu yang kini telah memenangi 27 gelaran, mendedikasikan kemenangan itu kepada isterinya Natalia Koch Rohde dan anak perempuannya Vega dan Aya, atas kejayaannya untuk mengimbangi kehidupannya di dalam dan luar gelanggang, selain kepada pasukan kejurulatihannya.

Dalam aksi perseorangan wanita, pemain nombor satu dunia Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023 selepas menundukkan wakil Korea Selatan An Se Young hari ini.

Yamaguchi menjadi pemain perseorangan wanita Jepun pertama dalam tempoh 55 menjadi juara Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Yamaguchi menjadi pemain perseorangan wanita Jepun pertama dalam tempoh 55 menjadi juara Terbuka Malaysia. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kejayaan Juara Dunia berusia 25 tahun itu menjadikan beliau pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia Hiroe Yuki pada 1968.

Yamaguchi yang ketinggalan 12-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 21-19, sebelum menidakkan hasrat Se Young bergelar pemain Korea Selatan pertama melakar sejarah di Terbuka Malaysia dengan kemenangan 21-11.

“Se Young bermain dengan baik di set pertama tapi saya bermain lebih baik untuk mengatasinya pada set kedua dan ketiga kelihatan, dia sudah keletihan.

“Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini, selepas tiada pemain Jepun melakukannya setelah sekian lama.

“Saya tiada sasaran khusus untuk tahun ini tapi mahu bermain sebaik mungkin,” kata Yamaguchi yang mencipta kemenangan ke-10 selepas 15 pertemuan kedua-dua pemain itu.

Yamaguchi membawa pulang hadiah wang tunai US$87,500, manakala naib juara US$42,500.

Se Young gembira dengan permulaan baik buat musim 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Se Young gembira dengan permulaan baik buat musim 2023. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sementara itu, meskipun tidak dapat memenuhi hasrat meraih gelaran juara untuk pemain idolanya Ratchanok Intanon dari Thailand, Se Young tetap positif untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan hari ini.

“Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini, walaupun saya tidak menang tapi mara ke final adalah pencapaian yang bagus. Permulaan yang baik untuk tahun ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad