web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liu Ying Gantung Raket, Ucap Selamat Tinggal Kepada Peminat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 9:05PM

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pemain beregu campuran profesional negara Goh Liu Ying, menamatkan kariernya selaku pemain selepas  berkecimpung dalam badminton seawal usia 13 tahun.

Aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada hari ini, merupakan perlawanan kompetitif terakhir bagi pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu.

Liu Ying, 34, yang kembali bergandingan bersama Chan Peng Soon buat kali terakhir pada kejohanan ini, terpaksa akur apabila tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, selepas pertarungan selama 58 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas aksi itu, Liu Ying berkata beliau sebenarnya mengharapkan untuk melakar sekurang-kurangnya satu kemenangan di hadapan peminat badminton tanah air, namun tetap gembira apabila sorakan tanpa henti didengarinya sepanjang perlawanan itu.

“Sebelum bermula perlawanan, saya fikir kalau boleh ingin mencatat satu kemenangan dan ia satu bonus jika dapat melakukannya bersama Peng Soon.

“Meskipun tewas, saya anggap ini memori yang saya tidak akan lupakan kerana dapat mengambil bahagian di Terbuka Malaysia bersama Peng Soon. Saya harap selepas ini penyokong rindu kelibat saya dan Peng Soon,” katanya.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan Liu Ying memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu
Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan Liu Ying memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu

Beliau yang kelihatan sebak selepas tamat perlawanan, turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya, sepanjang berkecimpung dalam arena badminton.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan beliau memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu.

Peng Soon akan terus beraksi sebagai pemain profesional bersama Cheah Yee See.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember lepas, melakar kejutan dengan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang juga rakan senegara, 21-15, 21-10.

Gandingan yang berada pada ranking ke-147 dunia itu, akan melakukan perhitungan menentang pasangan Indonesia Rehan Naufal-Lisa Ayu (ke-12 dunia).

“Gelanggang ini agak besar, jika dipukul kuat, mudah untuk keluar, jadi strategi kami ialah kawal bulu tangkis, saya cuba yang terbaik dan sebenarnya jurulatih kami (Nova Widianto) berikan kami banyak strategi jadi kami amat hargainya,” kata Ee Wei.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad