web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Sosial Bola Sepak Kanak-Kanak Antarabangsa (F4F) Buka Penyertaan Lagi

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 2:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akademi bola sepak kebangsaan dijemput menghantar senarai pemain bola sepak remaja berbakat, berusia dari 12 hingga 16 tahun bagi menyertai Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-Kanak Antarabangsa (F4F) Gazprom.

Program yang memasuki musim kesembilan itu mencari calon sesuai bagi mengisi posisi Pemain Muda, Jurulatih Muda dan Wartawan Muda.

Berlangsung dari 14 hingga 29 Mei tahun ini, ia menggunakan format dalam talian bagi memberi peluang kepada semua calon untuk bertemu dengan rakan baharu dari pelbagai pelusuk dunia.

Diadakan secara percuma, peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Menurut F4F, pertandingan ini terbuka kepada semua jantina dari setiap 211 negara yang mengambil bahagian.

“Untuk pemain muda, mereka perlu berusia 12 tahun, manakala usia ditetapkan untuk kategori jurulatih adalah 16 tahun.

“Wartawan muda pula perlu berusia antara 12 hingga 14 tahun dan semua peserta dalam setiap kategori perlu meminati bola sepak serta memiliki kemahiran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya di sini.

F4F berkata, semua perserta perlu memiliki akses kepada komputer peribadi atau telefon pintar.

“Semua pemain ini akan bersama-sama dalam 32 pasukan persahabatan bagi menyertai Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021.

“Kejuaraan ini akan dianjurkan dalam simulator bola sepak F4F World yang tersedia secara percuma dalam 27 bahasa pada MS Windows, Apple macOS, Android dan iOS,” katanya lagi.

F4F menarik perhatian, buat julung kali juga, akademi bola sepak kebangsaan yang berjaya membawa pemain mereka mara ke peringkat akhir akan nenerima bantuan kewangan untuk program pembangunan bola sepak kanak-kanak di negara mereka.

“Pasukan yang muncul sebagai johan akan menerima EUR25,000 (RM123,528) manakala EUR10,000 (RM49,411) akan diberikan kepada naib johan.

“Pemain Muda daripada pasukan juara akan dihadiahkan konsol permainan, manakala naib johan akan dihadiahkan telefon pintar dan tiga Wartawan Muda Terbaik pula akan memenangi sebuah komputer riba setiap seorang,” katanya.

Semua penyertaan boleh dihantar menerusi emel kepada [email protected] untuk menyertai F4F Musim Kesembilan ini. - Getaran, 23 April 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad