web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biasiswa Satu Anugerah Buat Ratu Ski Air Malaysia Aaliyah Yoong

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 5:49PM

Aaliyah Yoong Hanifah berkata biasiswa itu dapat meringankan beban keluarganya dari segi kewangan, terutama selepas pandemik COVID-19 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah memanjatkan rasa syukur dianugerahkan biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) yang berprestij bernilai RM1.1 juta untuk beliau melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi ketika kehidupan keluarganya berada dalam saat genting.

Remaja berusia 19 tahun itu berkata biasiswa itu dapat meringankan beban keluarganya dari segi kewangan, terutama selepas pandemik COVID-19 yang turut menyaksikan beliau perlu menunggu lebih setahun untuk menjejakkan kaki ke kolej.

“Saya bersyukur dengan biasiswa ini kerana YSD datang membantu pada masa yang sangat penting dalam kehidupan keluarga dan akan membantu ibu bapa saya membayar yuran tuisyen dan pendidikan saya. Saya juga sangat teruja kerana selepas satu setengah tahun berehat, akhirnya saya akan ke universiti.

“Mereka menyokong saya dengan perbelanjaan bermain ski air serta latihan dan sekolah. YSD akan bersama saya sepanjang perjalanan dan membantu kewangan saya,” katanya kepada pemberita pada sidang media Aaliyah Yoong’s Journey to be World Champion (Kembara Aaliyah Yoong menjadi Juara Dunia) di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, hari ini.

Aaliyah Yoong sangat teruja kerana selepas satu setengah tahun berehat, akhirnya beliau akan ke universiti - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Aaliyah Yoong sangat teruja kerana selepas satu setengah tahun berehat, akhirnya beliau akan ke universiti - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Terdahulu, Pengerusi YSD Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar menyampaikan biasiswa lima tahun itu kepada Aaliyah yang akan menyambung pelajaran di Florida, Amerika Syarikat bermula Januari tahun depan.

Aaliyah akan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Florida Southern College, sebuah kolej berprestij dengan kemudahan canggih dan telah melahirkan pemain ski bertaraf dunia.

Sementara itu, ditanya mengenai keyakinan beliau untuk memenangi gelaran juara dunia yang diimpikannya, Aaliyah berkata beliau yakin akan dapat mencapai cita-citanya itu walaupun menerima tekanan dan perhatian baru-baru ini.

“Hasrat ini ialah satu daripada impian dan matlamat terbesar dalam kerjaya saya. Saya percaya jika saya melakukan semua kerja keras dan konsisten serta mengekalkan peningkatan sepanjang tahun, saya akan menjadi juara dunia satu hari nanti.

“Ayah menganggarkan saya akan menjadi juara dunia dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Sudah pasti ada banyak tekanan kerana saya juga sudah mendapat biasiswa, tetapi jujurnya saya percaya pada diri dan berharap boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik dan terus membanggakan orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Aaliyah berkata beliau juga telah diterima masuk ke pasukan ski air kolej itu dan akan berlatih dengan jurulatih berkelas dunia untuk mempersiapkan dirinya bagi acara akan datang seperti Kejohanan Moomba Masters di Australia pada Mac tahun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Aaliyah Gondol 4 Pingat Emas Di Korea Selatan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Aaliyah Raih Gangsa Di Kejohanan Dunia Birmingham

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Kakiseni Junior Wadah Kelestarian Industri Seni

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

MIASA Lancar Talian Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran