web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIASA Lancar Talian Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Inisiatif itu adalah usaha untuk memperkukuhkan lagi bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis yang akan membantu talian tersebut bermula Isnin ini.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 8:02AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) baru-baru ini melancarkan talian bantuan krisis, MIASA_YSD-1-800, yang menghubungkan pemanggil dengan sukarelawan dan individu terlatih dalam kesihatan mental yang dapat memberikan empati dan membantu mereka yang memerluk

Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata inisiatif yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby (YSD) dan disokong oleh Maxis dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah usaha untuk memperkukuhkan lagi bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis akan membantu talian tersebut bermula Isnin ini.

"Apa yang unik mengenai sukarelawan pasukan krisis kami adalah mereka dapat menemui orang yang mengalami krisis, dan mereka tidak terbatas hanya berbual di telefon dengan orang tersebut. Kami dapat berusaha lebih jauh dan melakukan lebih banyak perkara untuk orang yang memerlukan.

"Mereka yang ingin mendapatkan pertolongan boleh menghubungi talian bantuan krisis MIASA yang baru dilancarkan ini di 1-800-820066 mulai Isnin minggu depan," katanya dalam satu kenyataan mengenai talian itu yang dilancarkan oleh Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi secara maya hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Yatela Zainal Abidin yakin sumbangan itu dapat membantu mengurangkan keterbatasan sumber semasa, supaya pakar dan sukarelawan dapat memberi tumpuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Infografik: Bernama
Infografik: Bernama

"YSD menyedari penurunan keadaan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa sukar yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kami sangat bimbang mengetahui KKM menerima 166,869 panggilan mengenai masalah kesihatan mental antara Januari hingga September 2021, yang hampir empat kali lebih banyak panggilan diterima berbanding kepada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

"Kami memahami bahawa jumlah orang yang menghubungi MIASA untuk mendapatkan sokongan berganda daripada sebelumnya. Individu ini meminta pertolongan, bimbingan dan teman semasa waktu sukar  mereka, yang boleh mengakibatkan insiden malang jika sokongan yang tepat tidak diberikan segera ketika mereka memerlukannya," katanya.

Ras Adiba, Senator mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mengucapkan tahniah kepada Anita dan pasukan MIASA atas inisiatif dan usaha mereka dalam memerangi stigma dan diskriminasi, selain terus meningkatkan dan memperkuatkan perkhidmatan dan sokongan yang diberikan kepada masyarakat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden