web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaliyah Gondol 4 Pingat Emas Di Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 12:36PM

Aaliyah mendominasi saingan pada Kejohanan Ski Air Asia IWWF di Chuncheon, Korea Selatan. - Gambar ihsan MWWF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah menamatkan kempennya di Kejohanan Ski Air Asia IWWF di Chuncheon, Korea Selatan pada Sabtu dengan menggondol empat pingat emas.

Menurut laman web http://www.iwwfed-ea.org/classic/22ASIA03/, peluncur berusia 19 tahun itu memenangi pingat emas pertamanya pada Jumaat selepas berjaya memperoleh 7,440 mata dalam acara ‘tricks’ terbuka wanita.

Aaliyah Yoong kemudian meneruskan persembahan mengagumkannya dalam acara ‘jump’ terbuka wanita pada Sabtu apabila berjaya menghasilkan lompatan 40.6 meter (m) pada peringkat awal dan 37.2m pada pusingan akhir untuk meraih satu lagi pingat emas.

Atlet remaja itu juga mendominasi dalam acara ‘slalom’ wanita dengan markah 0.00/55kmj/13m untuk emas ketiganya dan melengkapkan gondolan emas keempatnya apabila meraih gelaran keseluruhan dengan jumlah 3000 mata, pada hari yang sama.

Ketua Jurulatih Ketua Jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) Hanifah Yoong berkata keseluruhannya Malaysia berjaya memperoleh lima emas, satu perak dan tiga gangsa termasuk dalam kategori lelaki.

“Empat (pingat) disumbangkan daripada Aaliyah, satu daripada abangnya Adam Yoong dalam acara ‘tricks’ lelaki bawah 17 (U17), satu perak daripada Aiden Yoong lelaki U17 keseluruhan dan tiga gangsa acara ‘tricks’ lelaki U17 oleh Aiden, acara ‘slalom’ lelaki U17 dan Adam bagi acara lompat U17.

“Tahniah pasukan Malaysia,” kata Hanifah Yoong yang juga bapa Aaliyah.

Adam Yoong turut memecah rekod baharu apabila berjaya menampilkan aksi peribadi terbaik dengan jarak 27.0m, mengatasi rekod sebelumnya 15.9m, yang dicatatkan pada Kejohanan Asia 2019, Bangkok.

Sementara itu, adiknya Aiden Yoong yang berusia 16 tahun memadamkan rekod sebelumnya 20.1m dengan lompatan 23.9m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan, Ikut Sahajalah Model Air Negeri Lain, Kenapa Tak Buat?  

4

Sukan 2 tahun yang lalu

388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran