Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kakiseni Junior Wadah Kelestarian Industri Seni

Platform seni dalam talian ini memberi peluang buat kanak-kanak menceburi pelbagai aktiviti seni yang menarik

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Didikan seni dan kreatif amatlah penting dalam pembentukan diri kanak-kanak. Aspek ini dapat melahirkan sikap kreatif dalam diri mereka selain merangsang perkembangan otak, daya imaginasi dan meningkatkan prestasi akademik. Malah seni visual yang dihasilkan juga mampu berfungsi sebagai alat komunikasi dan refleksi pemikiran mereka.

Dengan perkembangan teknologi dan digital, terdapat pelbagai aktiviti serta program menarik yang disajikan untuk mereka meneroka minat masing-masing. Baru-baru ini, Persatuan Kakiseni telah memperkenalkan sebuah platform seni secara dalam talian yang dikhaskan buat kanak-kanak menceburi bidang seni.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican.

Platform yang dinamakan, Kakiseni Junior ini memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk mendapatkan akses kepada kelas-kelas seni yang dibawakan oleh tenaga pengajar dari pelbagai industri seni tanah air. 

Menurut Datuk Azmir Merican, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad dan wakil Sime Darby,  “Pandemik ini telah memberi kesan besar kepada industri seni Malaysia. Justeru itu, sumbangan Yayasan Sime Darby ini datang tepat pada waktunya untuk membantu menghidupkan semula industri ini.

"Kita semua harus bekerjasama dalam memastikan kelestarian industri seni dan platform ini berterusan buat generasi yang akan datang.”

Berkongsi lebih mengenai Kakiseni Junior, Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni berkata, “Meskipun, laman web Kakiseni Junior telah diaktifkan secara kecil-kecilan pada bulan Jun tahun lalu, kini kami telah menambah baik laman web tersebut dan menambah lebih banyak program seni.

“Dengan permulaan fasa kedua Kakiseni Junior, pengguna kini boleh menempah pelbagai jenis kelas seni malah boleh menggabungkan lebih daripada satu kelas pada satu kadar yang lebih rendah.

“Kami menawarkan empat kategori kelas iaitu seni persembahan, seni tradisional, seni visual dan kemahiran hidup. Melalui kelas-kelas ini, kanak-kanak berpeluang untuk menceburi dan mendalami pelbagai aktiviti seni yang menarik. Malah boleh memupuk minat dan pemikiran kreatif mereka.”

Platform ini juga secara tidak langsung telah memberi sokongan kepada para penggiat seni Malaysia untuk menjana pendapatan melalui kelas-kelas yang diadakan. Mereka diberi kebebasan untuk menetapkan harga dan mengendalikan pelajaran seni dalam persekitaran yang selamat.

Artis Seni Visual dan Digital, Afi Sulaiman (kanan).
Artis Seni Visual dan Digital, Afi Sulaiman (kanan).

“Saya gemar mengajar kanak-kanak membuat kolaj kertas dan digital kerana tak ramai yang tahu seni ini sangat terapeutik. Bereksperimen dengan pelbagai jenis tekstur dan lapisan kertas juga dapat mengembangkan kreativiti dan sensori mereka,” kata Afi Sulaiman, artis seni visual dan digital yang juga merupakan seorang pengajar.

“Bila keadaan lebih mengizinkan, kami percaya ibu bapa serta warga pendidik kreatif akan lebih terbuka dan selesa dengan kelas fizikal selagi SOP  ketat disediakan. Pada masa yang sama, kami juga sangat teruja untuk melancarkan program Seni Making A Difference (SeniMAD) tak lama lagi,” tambah Low Ngai Yuen.

Menariknya, Yayasan Sime Darby juga telah membayar empat edisi program SeniMAD untuk dimanfaatkan oleh 160 kanak-kanak dari kawasan perumahan kos rendah terpilih dan pusat komuniti seperti PPR Seri Semarak, PPR Idaman Damansara Damai, PPR Fasa 8/9 Sentul, Buku Jalanan Yayasan Chow Kit mulai bulan ini. Program ini terbuka kepada 40 kanak-kanak dari setiap komuniti.

Kakiseni dan Yayasan Sime Darby percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam bidang kreatif memainkan peranan besar dalam pembangunan generasi muda. Jadi, itulah sebabnya yuran pemprosesan sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap transaksi di Kakiseni Junior bagi menyokong program SeniMAD. - Getaran, 17 Mac 2022

Semua gambar: Kakiseni Junior

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Biasiswa Satu Anugerah Buat Ratu Ski Air Malaysia Aaliyah Yoong

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

MIASA Lancar Talian Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 14 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah