web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liverpool, Leeds Seri Ketika Permainan Dibayangi Protes Liga Super

Sukan · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 10:37AM

Sadio Mane (kiri) diasak pemain Leeds Diego Llorente ketika dalam permainan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LEEDS - Liverpool diikat 1-1 oleh Leeds United awal pagi tadi dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris yang dibayangi protes oleh penyokong Liverpool sebagai membantah rancangan kelab itu untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL).

Keputusan seri bermaksud Liverpool, di tangga keenam, ketinggalan dua mata di belakang West Ham dalam kedudukan liga.

The Reds membuka jaringan sebelum waktu rehat melalui Sadio Mane dan tiga minit sebelum tamat permainan, Diego Llorente menyamakan kedudukan.  

Empat pasukan teratas di akhir musim dalam Liga Perdana Inggeris biasanya akan dijamin mewakili England dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Namun jika juara Eropah enam kali, Liverpool menamatkan cabaran musim ini di posisi empat teratas sekalipun, mereka mungkin diharamkan daripada kejohanan itu kerana berselisih dengan UEFA.

Semalam Liverpool mengumumkan ia adalah antara 12 kelab yang akan mengasaskan ESL.

Sementara itu, penyokong Leeds dan Liverpool mengadakan tunjuk perasaan di luar Elland Road sebelum sepak mula, manakala di tempat duduk penonton pula terbentang kain rentang yang tertulis: “Buktikannya di atas padang. Bola sepak adalah untuk penyokong.”

Pemain-pemain Leeds juga memakai baju-T yang tertera mesej yang sama, manakala sebuah pesawat melintasi venue berkenaan membawa mesej “#SayNoToSuperLeague”.

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang sebelum ini tidak setuju dengan penubuhan ESL, bergelut untuk memberi penjelasan tentang penglibatan kelab terbabit dalam pertandingan baharu itu menerusi satu temu bual dengan Sky Sports.

“Satu perkara yang saya faham adalah yang orang fikirkan tahap persaingan ESL tidak betul, saya memahami perkara itu,” katanya.  

Tiada kelab daripada negara asal Klopp, Jerman, terlibat dalam ESL.

Beliau nampaknya bersetuju apabila menambah:

“Saya suka yang West Ham mungkin akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kalau boleh saya mahu pasukan saya bermain di Eropah, tapi saya suka yang mereka ada peluang itu.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran