web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamidin Ketuai Kontinjen FAM Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 4:12PM

Datuk Hamidin menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja, Putrajaya hari ini. - Gamba oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin merupakan individu pertama daripada badan induk sukan berkenaan yang menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19, di Dewan Seri Seroja di sini, hari ini.

Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak juga antara 78 individu terawal daripada FAM yang menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Kumpulan penerima vaksin yang terlibat dalam program imunisasi berkenaan terdiri daripada pemain dan pegawai skuad bola sepak kebangsaan.

Pemain lain yang dilihat hadir menerima suntikan vaksin COVID-19,  termasuk dua pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohd Farizal Marlias dan Muhammad Syafiq Ahmad serta pemain Perak FC iaitu Mohd Shahrul Mohd Saad dan pemain naturalisasi kebangsaan Guilherme De Paula.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Pengurus Pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Pengarah Teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee turut hadir ke program berkenaan.

Suntikan berkenaan pastinya melegakan pemain dan pegawai FAM menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.

Sementara itu, Hamidin berpuas hati terhadap perjalanan program suntikan hari ini dan sangat menghargai bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam memastikan kem Harimau Malaya menerima suntikan vaksin dengan segera.

“Saya tengok SOP (prosedur operasi standard) program agak ketat...tak sakit pun bila cucuk tadi, pemain dan pegawai pun beri reaksi sama,” katanya kepada pemberita.

Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan juga antara 78 individu terawal menerima vaksin. - Gambar oleh Azim Rahman
Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan juga antara 78 individu terawal menerima vaksin. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam pada itu, Hamidin memaklumkan bahawa lebih 40 pemain dan pegawai telah menerima suntikan dos pertama hari ini manakala baki yang terlibat dijangka disuntik pada Khamis ini di lokasi sama.

“Mereka tidak hadir atas sebab-sebab tertentu...suntikan dos kedua pula dijangka pada 10 Mei depan,” katanya.

Katanya, pemain yang sedang bermain di luar negara termasuk penyerang muda sensasi negara yang mewakili kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin, pemain kelab Chonburi FC (Thailand) Junior Edstal dan pemain naturalisasi negara yang kini beraksi di Australia bersama Newcastle Jets, Liridon Krasniqi tidak menerima vaksin di sini dan akan terus ke UAE sekiranya terpilih kelak.

Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G untuk memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Skuad kebangsaan sebelum itu dijangka menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad