web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Zahir Tahniah Kepada Atlet Para Badminton Liek Hou

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 10:28AM

Cheah Liek Hou - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada juara Paralimpik Tokyo 2022 Cheah Liek Hou yang merangkul gelaran perseorangan lelaki ketujuhnya pada Kejohanan Para Badminton Dunia.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan,” titah Seri Paduka berdua menerusi poster dikongsi Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Atlet berusia 34 tahun itu merampas kembali gelaran perseorangan SU5 (kecacatan fizikal) daripada pesaing utamanya Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan kemenangan 21-14, 21-12 di Yoyogi National Gymnasium di Tokyo, Jepun, semalam.

Bagaimanapun, Liek Hou dan gandingannya Mohamad Faris Ahmad Azri tewas 13-21, 12-21 kepada Dheva-Hafizh Briliansyah Prawiranegara dalam aksi final beregu lelaki sekali gus gagal meraih gelaran keenamnya untuk acara tersebut.

Liek Hou muncul juara perseorangan pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015 dan 2017 manakala bagi beregu, beliau meraih kejuaraan pada 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.

Beliau tewas pada pusingan separuh akhir perseorangan lelaki kepada Dheva pada edisi 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad