web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecederaan Buku Lali Bayangi 2 Gol Kane

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 8:10AM

Kane (kanan) meninggalkan padang selepas cedera dalam perlawanan menentang Everton di Goodison Park awal pagi tadi. - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIVERPOOL -  Penyerang England Harry Kane cedera di bahagian buku lali menjelang final Piala Liga minggu depan selepas meledak dua gol untuk membantu Tottenham seri 2-2 dengan Everton di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Pemain tengah Everton Gylfi Sigurdsson juga menjaringkan dua gol dalam keputusan yang tidak membantu kedua-dua pasukan memburu tiket kelayakan Eropah musim depan.

Kane, yang diharapkan untuk menerajui jentera serangan England dalam Kejuaraan Eropah tahun ini, cedera pada waktu tambahan di akhir permainan ketika cuba mempertahan sepakan sudut Everton.

“Terlalu awal untuk mengatakan apa-apa.

“Mesti beliau terasa sesuatu di buku lalinya sampai perlu keluar dari padang dengan tinggal hanya beberapa minit sahaja dalam perlawanan.

“Saya bersikap optimis dan percaya yang beliau ada masa untuk pulih. Kita lihat nanti.

“Jelas Kane seorang pemain yang penting buat pasukan ini. Saya tak boleh berkata apa-apa atau membuat spekulasi,” kata pengurus Tottenham Jose Mourinho kepada Sky Sports bila ditanya mengenai kecederaan Kane.

Kane merekodkan gol liga ke 20nya musim ini selepas membuka jaringan pada minit ke-27 di Goodison Park, tetapi Sigurdsson meledak gol penyamaan dari titik penalti tidak lama selepas itu.

Di babak kedua, pemain dari Iceland itu meletakkan Everton di hadapan pada minit ke-62 sebelum Kane menyamai kedudukan enam minit kemudian. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar