web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


India Juara SOJC Edisi Ke-10

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 7:36AM

Pasukan India meraikan kejayaan mereka ketika merangkul Kejuaraan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - India muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 selepas menewaskan Australia 5-4 menerusi pukulan penentuan penalti di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.

Dengan kejayaan itu, India menambah koleksinya menjuarai SOJC buat kali ketiga selepas mencapai kejayaan sama pada tahun 2013 dan 2014.

Skuad kendalian C R Kumar itu membuka tirai jaringan pada suku pertama minit ke-14 menerusi pukulan bola padang Sudeep Chirmako, namun Australia bangkit menyamakan kedudukan pada suku kedua menerusi pukulan bola padang Jack Holland pada minit ke-29.

Kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 sehingga suku keempat perlawanan sebelum kemenangan terpaksa ditentukan melalui pukulan penentuan penalti.

Melalui pukulan penentuan penalti berkenaan, India yang mendahului 5-4 kemudiannya mengesahkan kejuaraan apabila percubaan Joshua Brooks berjaya ditepis keluar penjaga gol India Shashikumar Mohith Honnenahalli.

Ia sekali gus menafikan peluang Australia untuk bergelar juara dan mengulangi kemenangan pada 2016 dan 2017, terutama dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan pasukan itu sejak awal kejohanan berkenaan.

Sementara itu pemain Australia Cooper Burns dinobatkan sebagai pemain terbaik manakala Sharda Nand Tiwari dari India sebagai penjaring terbanyak.

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan piala kemenangan SOJC edisi ke-10 itu kepada pasukan India.

Terdahulu, dalam aksi akhir hari ini Great Britain muncul pemenang tempat ketiga setelah menewaskan Jepun 3-1, manakala skuad hoki negara bawah 21 tahun terpaksa berpuas hati di tempat terakhir selepas tewas 2-3 dengan Afrika Selatan petang semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi