Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PSG Tunjuk Belang, Singkir Juara Bertahan Bayern

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 9:10AM

Penyerang PSG Kylian Mbappe (kiri) meraikan kemaraan PSG ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Perjalanan Paris Saint-Germain (PSG) di Liga Juara-Juara Eropah pada dekad yang lepas ini penuh dengan kekecewaan dan kekalahan yang menakjubkan.

Tetapi kemenangan secara agregat ke atas juara bertahan Bayern Munich awal pagi tadi adalah keputusan yang paling penting di era pemilikan Qatar untuk merealisasikan impian menjuarai pertandingan ini.

Berdepan dengan pasukan yang dilabel oleh pengurus PSG Mauricio Pochettino sebagai terbaik di Eropah, anak buahnya berjaya membalas dendam ke atas kekalahan 1-0 mereka di final musim lepas di Lisbon.

Keputusan ini diperolehi bukan dengan mudah, pasukan dari Perancis ini bertungkus-lumus minggu lepas untuk menang 3-2 di aksi pertama di tempat lawan.

Eric Maxim Choupo-Moting pula menjaringkan gol sulung perlawanan ini untuk Bayern.

Sebelum ini PSG mungkin akan goyah dan berasa tertekan, tetapi kali ini mereka bertahan untuk menang pusingan suku akhir ini kerana jaringan di tempat lawan dan menunggu pemenang di antara Manchester City menentang Borussia Dortmund awal pagi esok.

Selepas Qatar Sports Investments mengambil alih kelab ini pada 2011, PSG mengambil masa yang lama untuk memberi impak di Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka mensia-siakan kelebihan aksi pertama untuk kalah kepada Chelsea dengan jaringan di tempat lawan pada suku akhir 2014 dan Manchester United pada aksi 16 terakhir pada 2019.

Kemudian mereka dimalukan oleh Barcelona pada 2017, memegang kelebihan 4-0 di aksi pertama di pusingan 16 terakhir, pasukan dari kota Paris ini dibelasah 6-1 di aksi kedua.

Tapi kali ini walaupun tanpa kelibat kapten Marquinhos dan perancang Marco Verratti PSG tetap berjaya bertahan.

“Kelab ini sedang berkembang tahun demi tahun,” kata pemain pertahanan Presnel Kipembe.  

Pochettino pula masih belum yakin yang pasukannya telah menjadi pilihan utama selepas mengalahkan Bayern.

“Kami berhak untuk menang pusingan ini selepas memberi persembahan yang baik pada aksi timbal balik, tapi saya tidak merasakan yang kami kini pilihan utama pertandingan,” katanya.

Dalam permainan yang lain, pengurus Chelsea Thomas Tuchel menasihati anak buahnya supaya menikmati perjalanan Liga Juara-Juara Eropah mereka selepas layak ke pusingan separuh akhir walaupun tewas 1-0 di tangan Porto pada aksi kedua pusingan suku akhir awal pagi tadi.

Kemenangan 2-1 secara agregat ini memastikan Chelsea kembali ke pusingan separuh akhir buat kali pertama sejak 2014.

Gol Porto dijaringkan oleh Mehdi Taremi pada minit terakhir waktu tambahan.

Tuchel sedar pemain-pemain seperti Mason Mount, Reece James, Kai Havertz, Ben Chilwell dan Christian Pulisic sedang menimba pengalaman, tetapi beliau berkata sifat keberanian mereka sangat berharga.

“Mason menjaringkan gol pertamanya dalam pertandingan ini pada aksi pertama. Bila Mbappe, Salah atau Benzema menjaringkan gol, ia adalah gol ke-100 atau ke-50 mereka dalam kejohanan ini.

“Kami hadir dengan pasukan yang sangat muda. Tapi mereka sangat berani dan boleh bersaing dengan baik. Kami harus menikmati perjalanan ini, kerana ia satu langkah yang besar buat pasukan ini.

“Sudah lama Chelsea tidak ke separuh akhir. Ini bukan satu posisi yang biasa buat kami. Ini satu pencapaian yang besar buat pasukan ini,” kata Tuchel.

Pasukan Tuchel akan bertemu dengan Real Madrid atau Liverpool untuk bersaing tempat ke final.

Real akan ke Anfield pada awal pagi Khamis waktu Malaysia dengan kelebihan 3-1 daripada aksi pertama. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Cabaran Beregu Campuran Negara Di Terbuka Malaysia Berakhir Di Suku Akhir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Maghribi Mara Ke Suku Akhir Piala Dunia

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 10 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi