web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Vinicius Membantu Real Madrid Benam Liverpool

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 9:21AM

Vinicius meraikan jaringan keduanya menentang Liverpool. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADRID - Vinicius Junior menghukum kealpaan benteng pertahanan Liverpool dengan menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid menang 3-1 ke atas Liverpool dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi tadi.

Vinicius dan Marco Asensio membuka jaringan buat pasukan dari Sepanyol itu di babak pertama.

Jaringan awal Mohamed Salah di babak kedua memberi gol di tempat lawan bagi Liverpool bila aksi beralih ke Anfield minggu hadapan.

Vinicius menjaringkan gol keduanya pada minit ke 65.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp sedar yang anak buahnya berdepan dengan tugasan sukar di laman sendiri.

“Kami tidak bermain dengan baik, itu kerisauan pertama saya.

“Kami tiada hak untuk menang hari ini, tapi kami ada lagi satu peluang untuk membetulkan keadaan.

“Kami akan berjuang, 3-1 adalah satu keputusan yang tidak baik, tapi pasukan ini masih ada satu lagi peluang,” katanya.

Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane tidak mahu mendabik dada dengan keputusan ini dan percaya yang Liverpool masih ada peluang untuk mara ke separuh akhir.

“Kami belum menang lagi.

“Kami masih bersaing dalam dua pertandingan dan akan terus berjuang.

“Aksi kedua nanti kami akan beraksi seperti skor masih 0-0 kerana ia adalah satu lagi permainan yang sukar,” katanya.

Gol minit ke 90 Phil Foden memberi kemenangan tipis 2-1 kepada Manchester City menentang Borussia Dortmund.

Pengurus City Pep Guardiola berkata anak buahnya merasakan tekanan daripada jangkaan yang mereka akan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pertama mereka.

“Kami merasakan tekanan dalam kejohanan ini, di laman sendiri, tanpa tahu bagaimana untuk menanganinya.

“Keputusan menang lebih baik daripada seri tapi dengan skor 1-1 kami ada 90 minit untuk membetulkan keadaan di aksi kedua,” katanya.

Kevin De Bruyne membuka jaringan di minit ke-19 buat City.

Marco Reus pula menjaringkan gol penyamaan lewat untuk Dortmund pada minit ke-84.

Enam minit kemudian Ilkay Gundogan menghantar bola kepada Foden dan beliau menjaringkan gol kemenangan City. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad