web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

Liverpool milik Klopp bermain setiap nota “heavy metal football” dengan semangat yang buas, menggerunkan pihak lawan setiap kali bertembung di padang

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 5:31PM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik saja Jurgen Klopp mendarat di Liverpool pada Oktober 2015, penyokong, pemerhati serta pengamal media dunia terus berspekulasi dan bertanya; Mampukah si “Normal One” ini membawa pulang trofi liga ke Anfield selepas kemarau lebih dua dekad? Adakah ini permulaan satu revolusi ala Bill Shankly dan Bob Paisley?

Aku sendiri sangat berhati-hati kerana pernah menonton filem yang sama berulang kali sebelum ini. Harus faham, aku bukan baru menyokong kelab dari Merseyside ini. Aku membesar dengan Liverpool bertakhta sebagai kuasa bola sepak paling dominan di England dan juga Eropah. 

Namun, selepas memenangi kejuaraan liga buat kali ke-18 pada 1990, fasa kekecewaan bermula. Dari setahun menunggu, jadi lima, jadi 10, jadi 15; sehinggalah aku rasakan seolah mahkota liga itu sudah tidak akan kembali ke kabinet trofi Anfield.

Tiga pengurus sebelum Klopp, Brendan Rodgers, Rafa Benitez dan Gerard Houllier, pernah hampir memecahkan badi, tapi semuanya berakhir dengan airmata.

Lebih kurang dua tahun selepas tibanya Klopp, aku serta keluarga pergi melawat Stadium Anfield. Kami ikuti Stadium Tour yang tersedia dan aku sempat melabuhkan punggung di tempat duduk Klopp di bangku pemain Liverpool.

Aku memandang keliling stadium dan membuat visualisasi ribuan penyokong The Reds melompat gembira melihat trofi liga dijulang tinggi. 

Ketika itu juga Liverpool telah bermain dalam dua perlawanan akhir, Piala EFL dan Europa League, tapi kecundang. Berapa lama lagi agaknya “projek” Klopp ini akan membuahkan hasil?

Namun dua tahun kemudian, aku berdiri bersama lebih 750,000 scousers lain di pusat bandar Liverpool untuk acara perarakan trofi. Malam sebelum itu pada 1 Jun 2019, Liverpool telah menewaskan Tottenham di final Champions League 2-0 untuk menjadi kelab paling unggul di Eropah.

Terasa seperti dalam mimpi! Tak pernah aku terbayang satu hari nanti dapat aku menyambut kepulangan hero-hero kami bersama trofi idaman ramai yang juga dikenali sebagai “Big Ears”.

Walaupun terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk bas yang membawa Klopp, Mo Salah, Firmino, Jordan Henderson dan bintang-bintang lain sampai ke The Strand, momen itu akan terpahat buat selamanya di ingatan. 

Walaupun dua minggu sebelum itu Liverpool gagal memenangi liga biarpun berjaya mengumpul 97 mata, tidak dapat dinafikan yang pasukan Liverpool ini bukan seperti yang dulu. 

Inilah Liverpool milik Klopp. Licik, pantas dan agresif, mereka bermain setiap nota “heavy metal football” dengan semangat yang buas, menggerunkan pihak lawan setiap kali bertembung di padang.

Karisma Klopp juga semakin terserlah. Garang memberi arahan, beliau juga pandai mengikat pertalian istimewa bersama pemain dengan memberi “Klopp Hug” yang menjadi trademark-nya.

Musim seterusnya (1999/2000), koleksi trofi terus bertambah. European Supercup dan Club World Cup dibawa pulang. Tapi yang paling mengagumkan adalah prestasi dalam liga. Habis semua pasukan lawan disondol tanpa belas kasihan. Sebanyak 27 perlawanan liga diharungi tanpa sebarang kekalahan.   

Namun, apabila kejuaraan hampir di dalam tangan, dunia didatangi pandemik terbesar dalam sejarah. Semuanya terhenti. Apatah lagi bola sepak. 

Selepas lebih 3 bulan EPL ditanggguhkan, aksi dihidupkan semula pada Jun 2020. Dan apabila Manchester City ditewaskan Chelsea pada 25 Jun, membuatkan kedudukan Liverpool tidak dapat lagi digugat, kejuaraan liga akhinya kembali ke Anfield!

Menggenggam muffler Liverpool yang Allahyarham ayahku bawa pulang dari UK lebih 35 tahun yang lalu, aku menitiskan air mata gembira. Penantian tiga dekad kini berakhir. Dan sosok yang membikin sejarah itu adalah Jurgen Klopp.

Pesta kemenangan di Anfield yang pernah aku bayangkan juga jadi kenyataan. Cuma yang tiada di dalam stadium adalah ribuan penyokong setia yang dilarang masuk akibat penangan COVID-19.

Memenangi EPL musim itu, aku rasakan seperti telah sampai ke puncak gunung yang didaki. Misssion accomplished buat Klopp dan anak buahnya. Ke mana lagi selepas ini?

Rupanya, tahun-tahun berikutnya, kami dibawa naik roller coaster emosi secara paksa rela. Musim selepas bergelar juara, Liverpool gagal mempertahankan mahkota liga selepas mengalami masalah kecederaan yang bertalu-talu.

Musim 2021\22 pula, Liverpool hampir menang kesemuanya, tapi kekurangan satu mata dalam saingan liga, dan kekalahan1-0 kepada Real Madrid di perlawanan akhir Champions League bererti “hanya” dua trofi menjadi milik kita.

Musim yang baru lepas ini pula (2023/24), projek Liverpool 2.0 bermula dengan perginya hampir kesemua tonggak midfield. Trio barisan hadapan legenda hanya tinggal Mo Salah saja. Tapi kemunculan pemain-pemain muda yang menyerlah memberi bayangan masa depan yang cerah. 

Tujuh trofi yang berjaya dirangkul sepanjang sembilan tahun (tak perlu aku kira Charity Shield), ada yang kata tak cukup, tapi bagi aku ianya lebih daripada jangkaan siapa pun pada 2015. Dan koleksi Klopp ini mengangkat Liverpool semula sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England. (Yang tak percaya, sila Google ya). 

Klopp meninggalkan kelab dan bandaraya Liverpool lebih daripada sekadar seorang pengurus pasukan bola sepak. Kepada pemain-pemain, beliau merupakan seorang bos dan “father figure”. Masyarakat tempatan pula turut terhutang budi di atas kerja-kerja amalnya, semua demi Liverpool tercinta.

Menonton majlis perpisahan buat Klopp sejurus tamat perlawanan menentang Wolves tempoh hari, isteriku menangis tak henti-henti  Aku pula sebak tapi sempat tersenyum mengenangkan bagaimana jasa dan usahanya berjaya menggembirakan scousers di seantero dunia. 

Selamat tinggal dan danke schon, Jurgen Norbert Klopp!

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorangbekas majistret. Beliau masih menyimpan secebis rumput dari padang Anfield yang diambil (secara sah) pada 2017

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan