web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Bulan Tak Dibayar Gaji, Pemain Sarawak United FC ‘Diusir’ Dari Rumah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 6:55AM

Beberapa pemain pasukan bola sepak Sarawak United FC mendakwa tidak dibayar gaji selama empat bulan, sehingga menyebabkan mereka terpaksa keluar dari kediaman. - Gambar Facebook Sarawak United FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu tunggakan gaji yang sering membelenggu pemain bola sepak negara seolah-olah tiada penghujungnya.

Terkini, beberapa pemain pasukan bola sepak Sarawak United FC mendakwa tidak dibayar gaji selama empat bulan, sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa keluar dari kediaman.

Menerusi kenyataan di Twitter, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pemain negeri berkenaan mengenai isu terbabit.

“Pada 14 Jun lalu, PFAM menghantar notis kepada Sarawak United FC bagi menuntut tunggakan gaji pemain yang terbabit. Notis susulan sudah dihantar kepada kelab berkenaan pada 8 Julai,” menurut kenyataan itu.

PFAM menegaskan, walaupun pihaknya sudah mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan kelab yang mahu menjelaskan tunggakan itu, bayaran penuh masih belum dibuat sehingga kini.

“Malangnya pada Jun, beberapa pemain terpaksa akur kepada notis supaya keluar daripada kediaman kerana kelab tidak membayar sewa.

“Pihak pengurusan kelab harus menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak pasukan dikenakan tindakan. 

“PFAM memandang serius soal tunggakan gaji dan akan merujuk isu ini kepada Majlis Penyelesaian Pertikaian Kebangsaan (NDRC) dalam masa terdekat,” katanya.

Sarawak United FC kini berada di tangga ke-11 dalam Liga Super di atas Penang FC yang menduduki tempat tercorot.

Terdahulu, pasukan Liga Perdana Perak FC berdepan pemotongan enam mata untuk musim 2022 kerana gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain, pegawai dan simpanan pasukan itu setakat November 2021. – The Vibes, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pembantu Rumah Indonesia Tuntut Gaji Tertunggak RM195,000

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Tunggakan RM2.3 Juta: Melaka United Berdepan Tindakan Mahkamah - PFAM

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Sarawak United Beraksi Bawah Kemampuan Sebenar - Penolong Jurulatih

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Sarawak United FC Rampas Takhta Liga Premier

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad