web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United FC Rampas Takhta Liga Premier

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 8:49AM

Sarawak United FC menumpaskan Kelantan United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. - Gambar MFL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier daripada Negeri Sembilan FC selepas merakam kemenangan 3-2 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pemain tengah, Christie Jayaseelan membuka tirai jaringan pada masa kecederaan babak pertama sebelum Kelantan United FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan, Stuart James Wilson Wark pada minit ke-58.

Giliran tuan rumah pula berada di depan muncul melalui jaringan pemain import, Alfusainey Gassama pada minit ke-68 namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Sarawak United FC bingkas menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang Norshahrul Idlan Talaha tiga minit kemudian.

Penyerang gantian, Abdul Rahim Abdul Razak muncul wira pelawat apabila menyambut masuk gol kemenangan Sarawak United FC pada minit ke-80 untuk membantu pasukannya mara ke persada liga dengan 23 mata manakala Kelantan United FC pula kekal di tangga keempat dengan kutipan 16 mata.

Aksi di selatan tanah air di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin menyaksikan Negeri Sembilan FC gagal memanfaatkan peluang untuk terus berada di puncak liga selepas diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah, Johor Darul Ta’zim II.

Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan FC turun ke tangga kedua liga dengan 22 mata manakala JDT II yang terus kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan pula memintas Kelantan United FC untuk berada di tangga keempat dengan 16 mata melalui perbezaan jaringan.

Sementara itu, malang terus menimpa skuad Projek FAM-MSN apabila dibelasah Terengganu FC II 6-1 di Stadium UiTM Shah Alam.

Pesta gol Terengganu FC II bermula pada minit ketiga menerusi jaringan penyerang Muhammad Muslimuddin ‘Atiq Mat Zaid sebelum penyerang import, Jordan Mintah mencuri tumpuan apabila mencetak empat jaringan pada minit ke-7, 16, 48 dan 53.

Pemain gentian, Muhammad Isa Raman melengkapkan kemenangan bergaya skuad bimbingan Badrul Afzan Razali itu pada minit ke-89 manakala gol saguhati tuan rumah pula dijaringkan pada minit ke-51 oleh Muhaimin Izuddin Muhammad Asri.

Kekalahan kesembilan liga dicatat pasukan kendalian Yusri Che Lah itu menyaksikan mereka kekal terperosok di tangga terbawah liga dengan hanya dua mata manakala Terengganu FC II di tangga ketiga dengan 19 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

4 Bulan Tak Dibayar Gaji, Pemain Sarawak United FC ‘Diusir’ Dari Rumah

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Sarawak United Beraksi Bawah Kemampuan Sebenar - Penolong Jurulatih

3

Sukan 5 tahun yang lalu

Penang FC Rampas Kedudukan Ketiga Liga Super, Mat Yo Wira Sarawak United FC

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar