web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United Beraksi Bawah Kemampuan Sebenar - Penolong Jurulatih

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 5:33PM

SUFC terikat dengan jaringan 1-1 menentang Selangor FC ll pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi. - Gambar SUFC

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Penolong Jurulatih Sarawak United FC (SUFC), Safri Amit tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang dilihat beraksi di bawah tahap sebenar.

Beliau berkata demikian setelah berkongsi satu mata dengan Selangor FC II selepas terikat 1-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi.

Menurutnya, semua pemain pada separuh masa pertama gagal menyesuaikan diri dengan perlawanan sehingga dikucar-kacirkan Selangor FC II dengan beberapa cubaan berbahaya, walaupun gagal menghasilkan sebarang jaringan.

“Secara keseluruhannya saya tidak berpuas hati dengan apa yang dipamerkan pemain sepanjang separuh masa pertama malam tadi.

“Pemain terlalu ghairah menyerang, kawalan bola tidak baik dan banyak membuat hantaran jauh yang sia-sia,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Safri berkata, SUFC menemui rentak dan bermain lebih baik pada masa kedua, namun serangan yang direncana penyerang import dari Korea Selatan Lee Chang-hoon gagal menerobos gawang lawan.

“Selangor FC II terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi T Saravanan pada minit ke-49.

“Kita cuba meningkatkan lagi tempo serangan dan berjaya meledak gol penyamaan hasil percubaan pemain gentian, Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-87 yang menerima lorongan rakan sepasukan dari luar kotak penalti,” katanya.

Safri memberi jaminan, SUFC akan memperbaiki semua kelemahan yang dikenal pasti dalam tempoh rehat beberapa hari ini, sebelum berhadapan dengan pasukan Perak FC II di Stadium Negeri, Petra Jaya, pada 15 Ogos ini.

SUFC kini berada di tangga ketiga berkongsi 28 mata bersama Terengganu FC II di kedudukan kedua, dan mengekori rapat Negeri Sembilan FC yang menerajui takhta liga dengan 29 mata. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Hamidin Dicalon Ahli Majlis FIFA

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kehadiran Sharnaaz Ahmad Tak Ganggu Persembahan Shila Amzah Di Pentas GV9

4

Sukan 3 tahun yang lalu

SNBJ Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang, MFL Akan Buat Kenyataan Rasmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad