web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

Semasa bercerita Awang Batil akan menggunakan dua topeng - topeng Hulubalang (pahlawan) dan topeng Wak Nujum (tukang ramal diraja), apabila watak masing-masing muncul dalam cerita.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 8:08AM

Tokoh terakhir Awang Batil atau tradisi penglipurlara muzik Perlis di Malaysia, Romli Mahamud - Gambar ihsan PUSAKA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tokoh terakhir Awang Batil atau tradisi penglipurlara muzik Perlis di Malaysia, Romli Mahamud, akan membuat persembahan pada Pesta Raya di Esplanade - Theatres on The Bay di Singapura selama tiga malam mulai 19 Mei.

Menurut PUSAKA, sebuah pertubuhan kebudayaan Malaysia yang ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan menubuhkan arkib komprehensif bentuk seni tradisional, penglipurlara yang lebih dikenali sebagai Pak Romli akan mempersembah tiga cerita.

Tiga cerita dalam dialek Melayu Utara itu ialah 'Awang Akar Larak', 'Awang Nakal' dan 'Awang Parang Besar', dengan satu cerita setiap malam.

Sinopsis cerita dalam bahasa Inggeris akan disediakan menerusi kod QR untuk khalayak yang ingin membacanya.

Ia merupakan teater tradisional solo dengan Awang Batil akan bercerita sambil memukul batil, mangkuk loyang atau belanga, balang yang biasa digunakan untuk menyimpan air. Pencerita juga memain alat muzik lain seperti biola, serunai (seruling), rebana dan gendang terinai.

Semasa bercerita Awang Batil akan menggunakan dua topeng - topeng Hulubalang (pahlawan) dan topeng Wak Nujum (tukang ramal diraja), apabila watak masing-masing muncul dalam cerita.

Cerita popular oleh Awang Batil termasuk 'Raja Dewa Lok', 'Raja Bersiung', 'Raja Berdarah Putih', 'Anak Lang Pak Belang', 'Jabat Jabit', 'Abu Nawas', 'Cerita Angan-Angan' dan 'Awang Ada Duit Semua Jadi'.

Persembahan Awang Batil secara tradisinya berlangsung pada majlis perkahwinan dan kenduri pada sebelah malam dan sering diteruskan sehingga subuh, dengan beberapa persembahan berlangsung selama dua hingga lima hari.

Kisah yang lebih panjang ini biasanya diceritakan apabila seseorang menjemput Awang Batil secara peribadi ke rumahnya, kebiasannya selepas musim menuai padi.

Menurut PUSAKA, Pak Romli berasal daripada salasilah pencerita Awang Batil yang telah mewariskan legasi dan cerita mereka.

Allahyarham bapanya, Mahamud Awang (bin) Wahid merupakan pencerita terkenal dari Kampung Pokok Sena di Chuping, Perlis. Hampir kesemua alatan yang digunakan semasa persembahan itu dibuat dan digunakan oleh Pak Romli dan nenek moyangnya.

Layari laman web Esplanade Theatres on the Bay untuk maklumat lanjut.

Pesta Kesenian Melayu Pesta Raya Singapura menghormati kepelbagaian dan kekayaan masyarakat Melayu dengan mempamerkan teater, tarian dan muzik terbaik dari Nusantara (Kepulauan Melayu).

Ia adalah perayaan ikon dan khazanah masyarakat, menonjolkan warisan budaya yang meriah di rantau ini. - Bernama

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini