web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kehadiran Sharnaaz Ahmad Tak Ganggu Persembahan Shila Amzah Di Pentas GV9

Kata Shila, jika tanya pada dirinya 10 tahun lalu, mungkin dia akan berasa canggung dengan situasi yang berlaku, tetapi kini dia lebih dewasa dan faham dengan konsep ‘showbiz’.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 3:04PM

Shila Amzah ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda menonton konsert kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam Ahad lepas, pasti anda tahu bahawa pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan salah seorang penonton pada malam itu dan duduk di barisan hadapan. 

Kehadiran Sharnaaz di dewan MBSA itu diumumkan oleh hos, Elly Mazlein sejurus selepas Shila Amzah membuat persembahan menerusi lagu 'Getaran Cinta Di Jiwa' yang dipopularkan, Liza Hanim.

Elly sempat mengusik kedua-dua mereka yang pernah mempunyai sejarah hubungan cinta yang tidak kesampaian kira-kira sepuluh tahun lalu. 

Kehadiran Sharnaaz di dewan MBSA itu diumumkan oleh hos, Elly Mazlein sejurus selepas Shila Amzah membuat persembahan
Kehadiran Sharnaaz di dewan MBSA itu diumumkan oleh hos, Elly Mazlein sejurus selepas Shila Amzah membuat persembahan

Getaran sempat bertemu Shila Amzah sejurus selepas tamat konsert untuk mendapatkan kenyataannya mengenai situasi yang menjadi bualan ramai netizen di media sosial.

Menurut Shila, sepanjang dia beraksi di atas pentas, dia sama sekali tidak nampak kelibat Sharnaaz di depan matanya sehinggalah waktu tamat persembahan.

“Tetapi kalau saya nampak dia dari awal pun, saya tak rasa perkara itu akan mengganggu persembahan saya. Lagipun sejarah hidup saya dengannya sudah lama berlalu. Sudah 10 tahun. 

Kalau tanya saya sewaktu saya berusia 22 tahun dulu, mungkin saya akan rasa canggung. Tetapi jika tanya saya sekarang, saya okay sahaja. Saya sempat buat isyarat tangan kepadanya, tetapi sebab dia pakai kaca mata hitam saya tak tahulah dia nampak ataupun tak,” katanya sambil ketawa. 

Shila semasa sidang media Gegar Vaganza
Shila semasa sidang media Gegar Vaganza

Ditanya adakah dia selesa apabila masih ada ramai pihak yang cuba mengaitkannya dengan Sharnaaz terutamanya di saat ini ketika dia sedang bertanding di pentas GV9, kata Shila dia sudah faham dengan dunia ‘showbiz’. 

“Saya nak salahkan orang yang masih bercakap tentang hal ini pun, tak boleh juga. Mungkin ada beberapa perkara yang masih jelas di ingatan mereka.  Takkan saya nak pergi kepada mereka dan cakap tolonglah lupakan,” katanya. 

Pada malam itu, penyanyi asal lagu 'Getaran Cinta Di Jiwa' iaitu Liza Hanim turut hadir memberikan sokongan buat dirinya.

Ditanya yang mana lebih merisaukan di antara menyanyi di hadapan penyanyi asal atau bekas kekasih, kata Shila kedua-duanya tidak merisaukannya.

“Saya okey sahaja menyanyi di hadapan mereka berdua. Kak Liza adalah salah seorang artis di Malaysia yang sangat baik hati dan mempunyai tenaga dan aura positif yang luar biasa. 

“Saya langsung tiada masalah untuk melihat Kak Liza menyaksikan persembahan saya. Tetapi sebenarnya jangankan Sharnaaz, Kak Liza duduk kat mana pun saya tak perasan,” kongsinya. 

Shila tidak ada masalah menyanyi di hadapan penyanyi asal lagu yang dinyanyikannya dan bekas kekasihnya
Shila tidak ada masalah menyanyi di hadapan penyanyi asal lagu yang dinyanyikannya dan bekas kekasihnya

Untuk konsert minggu ketiga nanti, Shila akan membawakan lagu dangdut berjudul 'Secangkir Madu Merah' nyanyian asal Sheeda dan Amelina. 

“Dengan imej saya sebegini mungkin sukar untuk saya bergelek. Tetapi apa yang saya boleh lakukan adalah fokus kepada cengkok nyanyian untuk lagu dangdut. 

“Kalau nak gerak pun mungkin goyang-goyang kepala dan bahu sahaja. Cuma doakan agar saya tidak ‘naik sheikh’ kerana mengenali sosok seorang Shila Amzah ni dia akan menjadi aneh sedikit bila dapat lagu rancak,” katanya mengakhiri perbualan.  - Getaran 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Insya-Allah, Mamu Tak Buat Hal Lagi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN