web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hamidin Dicalon Ahli Majlis FIFA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 2:25PM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sidang media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-58 Ogos lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dicalonkan sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) penggal 2023-2027.

Perkara itu disahkan AFC menerusi senarai calon yang dikeluarkan badan induk berkenaan, hari ini dengan pemilihan dijangka berlangsung pada 1 dan 2 April tahun depan di Manama, Bahrain. 

“Pemilihan jawatan Majlis FIFA akan dipantau oleh individu yang dilantik oleh Jawatankuasa Tadbir Urus FIFA.

“Senarai akhir calon akan dikeluarkan selewat-lewatnya 30 hari sebelum Kongres AFC ke-33 seperti yang ditetapkan dalam Artikel 32.19 Statut AFC (Edisi 2022) dan Artikel 9.3 Kod Pemilihan AFC (Edisi 2022),” menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasminya hari ini. 

Dalam pada itu, AFC memaklumkan seorang daripada lima Ahli Majlis FIFA tersebut bakal dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Wanita AFC. 

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan tersebut Hamidin menganggap ia sebagai satu penghormatan dalam membawa nama Malaysia khususnya bola sepak negara di mata dunia. 

“Ia juga adalah sokongan daripada negara Asia lain yang menaruh kepercayaan kepada saya. Dalam pada itu, ia selari dengan matlamat saya dalam menjadikan bola sepak Malaysia sebagai satu komponen amat penting di peringkat antarabangsa.

“Yang paling menjadi keutamaan dan tumpuan buat saya ialah untuk menaikkan lagi bola sepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi terutamanya di mata dunia,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini. 

Terdahulu AFC telah memberi tempoh kepada ahli gabungan sehingga 1 Oktober lepas untuk mengemukakan pencalonan mengikut kehendak dinyatakan dalam Statut AFC (Edisi 2022) dan Kod Pemilihan AFC (Edisi 2022). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

2

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan