Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


FAM Tingkat Kawalan Keselamatan Pemain Harimau Malaya Ketika Tugasan Rasmi

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 8:24AM

gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kawalan keselamatan itu merangkumi ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata, ia sebagai langkah memastikan keselamatan pemain berada pada tahap optimum berikutan serangan jenayah melibatkan dua pemain kebangsaan iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim yang berlaku baru-baru ini.

"Kami sudah maklumkan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab jaga pasukan semasa tugasan pasukan kebangsaan untuk betul-betul peka dengan pergerakan pemain. 

"Tidak kira di dalam ataupun luar negara, perkara itu mesti jadi keutamaan.

"Perkara sama juga perlu dilakukan semasa kem latihan pusat. Selama ini memang kita ada pegawai polis yang menjaga pasukan tetapi mungkin kita perlukan lebih lagi selepas ini," katanya dalam sesi temu bual khas bersama Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Mengenai insiden yang melanda dua pemain kebangsaan itu, Hamidin enggan membuat sebarang spekulasi termasuk kemungkinan terdapat unsur penglibatan sindiket mengatur perlawanan.

"Saya tidak pasti adakah ia secara kebetulan ataupun terancang. Perkara ini di luar pengetahuan saya. Saya kesal dengan apa yang berlaku," kata Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Mengulas perkembangan Faisal Halim, Hamidin berkata, pemain Selangor FC itu bakal terlepas baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada awal Jun ini.

"Berdasarkan lawatan dan maklumat yang saya terima semalam, beliau (Faisal Halim) mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan untuk pulih," katanya.

Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

la adalah kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Sementara itu, di Kelantan, polis akan meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini yang akan bermula 10 Mei ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengawal ketat pemain dan menjaga keselamatan mereka dalam setiap perlawanan yang berlangsung.

"Kami akan membuat risikan sekiranya ada maklumat berkaitan serangan terhadap pemain bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri 2024 peringkat kontinjen Kelantan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 35 minit yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 20 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu