web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pan Gon Kekal Bersama Harimau Malaya - FAM 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 5:19PM

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-10 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan penting termasuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Perkara itu disahkan Naib Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan berkata, tiada permintaan rasmi dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membawa pulang Pan Gon, kepada pasukan negara kelahirannya itu.

"Pan Gon akan terus mengendali skuad senior kebangsaan apatah lagi skuad negara akan berdepan perlawanan penting iaitu pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Oman, Mac ini.

"Korea Selatan sendiri yang mencadangkan Pan Gon bagi meningkatkan prestasi Malaysia sebelum ini. Jadi, tak mungkin mereka panggil Pan Gon balik di saat kita memerlukan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM di sini hari ini.

Menurut beliau, FAM sudahpun menandatangani kontrak dengan Pan Gon dan mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan peningkatan prestasi berterusan skuad Harimau Malaya.

Baru-baru ini tular di media sosial nama Pan Gon disebut-sebut untuk pulang berkhidmat ke Korea Selatan bagi memulihkan semula maruah bola sepak skuad Taeguk Warriors itu selepas gagal menjulang trofi Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Harimau Malaya mencipta kejutan apabila mengikat skuad Taegeuk Warriors 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub pada 28 Januari lalu.

Namun, kejayaan itu tidak cukup untuk Harimau Malaya mencatat sejarah mara ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 selepas tewas dalam dua aksi terdahulu menentang Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), sekali gus menamatkan saingan Kumpulan E di tempat tercorot dengan satu mata.

Sementara itu, Yusoff turut berkata, antara keputusan yang dicapai mesyuarat yang diadakan hari ini adalah ketua jurulatih skuad bawah-23 tahun (B-23), Juan Torres Garrido turut akan mengendali pasukan kebangsaan B-20 sebagai ketua jurulatih.

Selain itu, beliau berkata, FAM turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberikan peruntukan khas RM5 juta kepada Harimau Malaya, baru-baru ini.

"FAM percaya peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia adalah manifestasi sokongan padu tidak berbelah bahagi pucuk pimpinan kerajaan terhadap FAM yang mengawal selia semua kegiatan bola sepak tempatan," katanya.

Dalam pada itu, Yusoff berkata, FAM telah menerima keputusan rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mengekalkan status pendaftaran badan sukan bagi Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) 9 Februari lalu.

PAFA sebelum ini dihimpit kemelut susulan pembatalan dan pembubaran persatuan itu pada Jun tahun lalu dinoktahkan selepas KBS meluluskan permohonan PAFA untuk mengekalkan statusnya sebagai sebuah entiti.

la selepas persatuan itu digantung selama enam bulan berikutan isu kewujudan dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk persatuan yang berusia lebih 100 tahun itu.

Dalam pada itu, katanya, keputusan lain mesyuarat itu turut mengesahkan FAM akan mengadakan Program Akar Umbi Bolasepak Wanita dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bagi kategori 10-15 tahun pada 1 Mac di Pengerang Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad