web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penang FC Rampas Kedudukan Ketiga Liga Super, Mat Yo Wira Sarawak United FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 8:08AM

Anselmo Arruda Da Silva (dua, kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan Terengganu FC. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penang FC melakar kemenangan terbesar mereka dalam kempen Liga Super 2021 setakat ini apabila membelasah Terengganu FC 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada sembilan perlawanan.

Kali terakhir juara Liga Premier musim lepas itu tewas ialah ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, menentang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada awal Mac lalu.

Turun sebagai pasukan pelawat, skuad kendalian Tomas Trucha mengejutkan TFC dengan dua gol pada separuh masa pertama, masing-masing dijaringkan pemain import dari Tajikistan, Sheriddin Boboev pada minit kelapan dan kapten pasukan Endrick dos Santos pada minit ke-21.

Wira TFC menentang JDT minggu lalu, Mohamad Hakimi Abdullah merapatkan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-59, namun kemaraan skuad Sang Penyu terhenti susulan dua gol penyerang Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-65 dan ke-68.

Kemenangan tersebut membolehkan Penang FC mengatasi TFC di kedudukan ketiga Liga Super selepas mengumpul 22 mata sementara TFC kekal 21 mata.

Sementara itu, Sri Pahang FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas enam perlawanan apabila berpesta gol membenam UiTM FC 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Skuad Tok Gajah ternyata gah menguasai kedua-dua babak permainan, mendahului 2-0 pada 45 minit pertama hasil jaringan Lee Tuck seawal 50 saat perlawanan berlangsung sebelum Pedro Henrique melebarkan kedudukan pada minit ke-34.

Muhammad Baqiuddin Shamsudin, Herold Goulon masing-masing mencetak nama sebagai penjaring buat Sri Pahang FC pada babak kedua perlawanan sebelum jaringan sendiri Fahmi Sabri melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Kejayaan itu masih gagal mengeluarkan Sri Pahang FC dari zon penyingkiran, namun hanya satu mata memisahkan mereka dengan Perak FC yang mempunyai kelebihan satu perlawanan di kedudukan ke-10 dengan sembilan mata.

Sementara itu, gol tunggal penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-85 memastikan Sarawak United FC merampas takhta Liga Premier selepas mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sarawak United FC kini mengumpul 20 mata sementara pencabar terdekat Negeri Sembilan FC di kedudukan kedua dengan 18 mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar