web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pembantu Rumah Indonesia Tuntut Gaji Tertunggak RM195,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:08AM

Bekas pembantu rumah warga Indonesia, Derfi Bisilisin (tengah) menyaman bekas majikannya yang didakwa tidak membayar gaji selama sembilan tahun tiga bulan berjumlah kira-kira RM195,000. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang bekas pembantu rumah warga Indonesia telah menyaman bekas majikannya yang didakwa tidak membayar gaji selama sembilan tahun tiga bulan berjumlah kira-kira RM195,000.

Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.

Pada perbicaraan yang bermula semalam, Derfi berkata dia melakukan tugas hakikinya sebagai pembantu rumah seperti membasuh pinggan dan memasak, selain terpaksa bekerja di kedai aksesori kenderaan pada waktu petang walaupun perkara itu tidak termaktub dalam perjanjian kontrak pekerjaan.

Derfi berkata dia berhak menuntut gaji bagi kedua-dua pekerjaan yang dilakukan selain ganti rugi am dan teladan berjumlah RM50,000 atas layanan buruk yang diterima daripada Koe dan ahli keluarga bekas majikannya itu. 

"Saya juga disuruh tidur di atas lantai di ruang tamu rumah dan diberi makan hanya sehari sekali iaitu pada waktu malam, selain tidak dibayar gaji sepanjang tempoh perkhidmatan bermula 23 Julai 2011 hinggalah saya melarikan diri pada 29 Okt 2020.

"Mengikut perjanjian, perkhidmatan saya sebagai pembantu rumah bermula dengan gaji RM600 sebulan dan kenaikan RM50 setiap tahun hingga mencapai gaji maksimum RM1,100 tetapi tidak pernah dibayar termasuk upah sebagai pekerja kedai aksesori,” kata wanita itu yang berasal dari Kupang, Nusa Tenggara Timur.

Defri berkata demikian sambil menangis di kandang saksi semasa memberi keterangan dan dia diwakili peguam Alias Ibrahim, manakala defendan diwakili peguam Tara Singh Delip Singh. 

Pada November 2021, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur melantik peguam bagi mewakili plaintif untuk membuat dua tuntutan iaitu gaji sebagai pembantu rumah berjumlah RM93,000 dan gaji sebagai pembantu kedai aksesori kereta sebanyak RM109,000. 

Sebelum ini, majikan Defri dihukum penjara tujuh tahun dan isterinya tiga tahun serta didenda RM30,000 pada Januari 2023 selepas didapati bersalah mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli, yang berlangsung selama dua hari, bersambung hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad