web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunggakan RM2.3 Juta: Melaka United Berdepan Tindakan Mahkamah - PFAM

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 8:48PM

Menurut PFAM, isu pemilikan yang timbul dalam kelab berkenaan, mengeruhkan lagi keadaan kerana pihak sewajarnya bertanggungjawab membayar gaji dilaporkan tidak mahu memberi kerjasama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) memberi amaran bakal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan berhubung isu tunggakan gaji pemain Melaka United FC, yang mencecah RM2.3 juta.

PFAM, menerusi kenyataan hari ini, berkata tindakan itu adalah bagi membela nasib pemain yang terkesan secara langsung akibat daripada sikap pengurusan tidak mengambil serius untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pemain.

Menurut PFAM, isu pemilikan yang timbul dalam kelab berkenaan, mengeruhkan lagi keadaan kerana pihak sewajarnya bertanggungjawab membayar gaji dilaporkan tidak mahu memberi kerjasama. 

“Semalam, merupakan tarikh akhir bagi notis yang dihantar ke Melaka United menerusi PFAM untuk melunaskan tunggakan gaji yang dihadapi oleh pemain. Tunggakan gaji bermula Julai hingga Disember 2022 menyebabkan pemain Melaka United berdepan situasi enam bulan tidak bergaji.

“Lebih mendukacitakan, pemain yang mempunyai komitmen bulanan terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga sehingga berulang kali menerima panggilan daripada pihak bank untuk menyelesaikan pembayaran bulanan,” menurut kenyataan itu.

PFAM berkata Melaka United tidak mematuhi keputusan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada 4 November lalu, yang mengarahkan kelab berkenaan melunaskan satu bulan gaji terlebih dahulu.

PFAM memaklumkan laporan tunggakan gaji bagi bulan-bulan yang berikutnya telah dihantar ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan. 

“Realiti ini amat mendukacitakan kerana sebagai pemain bola sepak profesional dalam negara, mendapat bayaran gaji daripada majikan berdasarkan kepada persetujuan dalam kontrak adalah hak yang sewajarnya dipenuhi.

“Mereka sepatutnya tidak perlu untuk merayu seolah-olah meminta bantuan ataupun mereka melakukan kesalahan untuk menerima gaji mereka sendiri,” menurut PFAM.

Semalam, bekas pemain Melaka United, Syukri Baharun, mempersoalkan bagaimana pasukan itu, yang kini ditukar nama ke Melaka FC di bawah pengurusan baharu, dibenarkan beraksi di Liga M3 musim ini, walaupun masih belum menyelesaikan tunggakan gaji selama enam bulan pada musim lepas.

Sebelum ini, Melaka United dan Sarawak United disingkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kedua-dua kelab berkenaan untuk Lesen Kebangsaan ditolak ekoran masalah tunggakan gaji pada musim lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Pegawai, Anggota Polis Terlibat Rasuah - KPN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar