web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjuangan Tze Yong Berakhir Di Kejohanan Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 3:00PM

Tze Yong terkandas di pusingan kedua. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, berakhir seawal pusingan kedua di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.

Tze Yong, pemain ranking ke-42 itu yang membuat penampilan pertama, terpaksa akur kepada Sitthikom Thammasin dari Thailand 9-21, 21-10, 19-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 1 jam dan 10 minit di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Tze Yong, pemenang perak pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, yang bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan pada set pertama, mempamerkan semangat juang, namun tidak dapat menyaingi kehebatan pemain di ranking ke-33 dunia itu pada set penentuan.

Sementara itu, pemain perseorangan utama wanita negara, S Kisona masih belum sampai ke tahap sebenarnya, apabila tewas kepada pemain di ranking ke-80 dunia, Vu Thị Trang dari Vietnam 10-21, 17-21 pada aksi pusingan pertama.

Seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah membuka kempen dengan langkah kanan, apabila menumbangkan pemain Indonesia yang menduduki ranking ke-44 dunia, Putri Kusuma Wardani 21-19, 21-18.

Beliau yang kini berada pada ranking ke-40 dunia, berdepan cabaran sengit menentang pemain pilihan keempat kejohanan dan juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei.

Gandingan beregu wanita negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing menepati ramalan apabila menang mudah ke atas gandingan Jerman Stine Kuespert-Emma Moszczynski 21-13, 21-15 dalam pertarungan yang berlangsung selama 39 minit.

Anna-Mei Xing akan berentap dengan pasangan pilihan kesembilan kejohanan dari Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada pusingan kedua esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tze Yong Terlepas Peluang Ke Olimpik Paris 2024

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam