web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Mahu McDonalds’: Quartararo Rai Kemenangan Bergaya GP Doha

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 8:54AM

Zarco (kiri) mengucapkan tahniah kepada Quartararo di atas podium selepas tamat perlumbaan GP Doha. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Penunggang Yamaha Fabio Quartararo memenangi GP Doha awal pagi tadi manakala rakan senegaranya dari Perancis, Johann Zarco yang menunggang Ducati-Pramac berada di kedudukan kedua.

Rookie dari Sepanyol Jorge Martin, rakan sepasukan Zarco, pula berada di tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan di petak pertama.

Ini adalah kali pertama dua penunggang dari Perancis berada di atas podium dalam kelas elit sukan permotoran ini sejak 1954 ketika Pierre Monneret menang dan Jacques Collot mendapat tempat ketiga di laman sendiri di Reims

Quartararo bergurau yang beliau akan “menikmati kemenangan ini dengan menjamu selera di McDonalds”.

“Memang senang untuk berkata yang saya belum menang banyak perlumbaan - tetapi wow!

“Saya mara dari petak kelapan, kadar kelajuan dan keadaan trek amat berbeza dengan sesi latihan keempat dan pemanas badan.

“Saya selalu bermimpi untuk menang di Qatar, malangnya saya bukan yang pertama musim ini,” katanya.

Zarco kini mendahului kejuaraan MotoGP selepas mencatat dua keputusan tempat kedua di Qatar.

Beliau berada di puncak dengan 40 mata sementara Quartararo di tempat kedua dengan perbezaan empat mata.

“Saya sangat gembira yang Jorge Martin mendahului pada awal perlumbaan, walaupun begitu saya masih dapat mengikutnya.

“Gaya tunggangannya sangat kemas. Tapi bila tinggal lagi empat pusingan Fabio datang dari kiri dan memintas Jorge.

“Saya cuba memotong Fabio tapi gagal.

“Saya sangat gembira untuk mereka berdua - kemenangan buat penunggang Perancis dan podium untuk rakan sepasukan saya,” kata Zarco.

Martin menjulang trofi di atas podium selepas menamatkan GP Doha di tempat ketiga. - Gambar AFP
Martin menjulang trofi di atas podium selepas menamatkan GP Doha di tempat ketiga. - Gambar AFP

Martin sangat gembira dengan pencapaiannya dan memberi gambaran yang “perlumbaan ini sangat sukar - tapi saya seorang rookie!”.

“Saya berlumba dengan matang sekali. Memotong pelumba lain sangat sukar, kalau ia bukan Zarco pasti saya sudah mendapat tempat kedua.

“Saya sangat gembira dengan tempat ketiga ini, podium pertama saya,” tambahnya.

Sementara penunggang Suzuki, Alex Rins dan Maverick Vinales dari Yamaha pula, pemenang perlumbaan pembuka tirai GP Qatar minggu lepas, melengkapkan posisi lima teratas.

Penunggang Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dan 12.

Sam Lowes dari Britain memenangi perlumbaan keduanya di Qatar dalam kelas Moto2.

Beliau menamatkan perlumbaan hanya 0.190 saat di hadapan Remy Gardner dari Australia, penunggang Sepanyol Raul Fernandez melengkapkan podium.

Manakala pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas tujuh penunggang lain gagal menamatkan perlumbaan.

Penunggang KTM, Pedro Acosta, yang bermula di pit lane selepas dikenakan penalti, memenangi perlumbaan Moto3 pertamanya selepas hanya dua perlumbaan.

Penunggang yang berusia 16 tahun itu menamatkan GP Qatar minggu lalu di tempat kedua.

Beliau mengatasi Darryn Binder dan mendahului penunggang dari Afrika Selatan itu di kejuaraan Moto3 dengan sembilan mata.

Niccolo Antonelli dari Itali melengkapkan podium. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad