web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehadiran Fandi Ahmad Akan Jadi Kepuasan Terbesar Skuad Tok Gajah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 1:10PM

Fandi Ahmad - Gambar dari Facebook Voice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedatangan penyerang legenda Singapura, Fandi Ahmad ke pasukan Sri Pahang FC boleh dianggap sebagai kepuasan terbesar buat skuad Tok Gajah, jika menjadi kenyataan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang.

Beliau berkata Fandi yang disebut-sebut sebagai calon ketua jurulatih baharu Sri Pahang, adalah nama yang cukup tersohor dan tidak asing dalam kalangan penyokong kerana pernah menyarung jersi Pahang pada era 90-an termasuk membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia 1992.

Mohammed Suffian turut tidak menolak kemungkinan gandingan Fandi bersama bekas rakan sepasukannya di Pahang dan legenda bola sepak negara, Dollah Salleh yang kini pengurus pasukan Sri Pahang, dapat mencetuskan sesuatu yang positif.

“Pastinya senario dan budaya Pahang, Fandi sudah masak dan faham. Apatah lagi kalau bersama dengan Dollah Salleh, yang dikatakan kedua-dua mereka sahabat lama,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam.

Beliau mengakui Sri Pahang dan Fandi ada berhubung, namun tiada sebarang persetujuan dicapai sehingga hari ini dengan pemilik kelab akan memutuskan tarikh sesi perbincangan rasmi.

“Buat masa ini Fandi hanya ura-ura dan sekiranya ada keputusan konkrit kita akan maklumkan. Buat masa ini kita kekal dengan (kejurulatihan) yang ada sehingga keputusan yang disebutkan ura-ura itu akan menjadi realiti,” katanya.

Khabar angin Fandi bakal menggantikan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih Sri Pahang bertiup kencang selepas kontrak Gamel bersama juara Piala FA 2018 itu dilaporkan ditamatkan secara persetujuan bersama minggu lalu.

Bekas pemain Kuala Lumpur itu yang meledak keseluruhan 55 gol bersama Singapura turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia Elit Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) hujung bulan lepas, sekali gus menghangatkan spekulasi beliau bakal menyertai Sri Pahang.

Fandi pernah membimbing beberapa pasukan antaranya Johor Darul Ta’zim, skuad kebangsaan Singapura, pasukan pembangunan Singapura Young Lions dan skuad Bawah 23 Tahun Singapura ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas.

Dalam pada itu, Mohammed Suffian berkata terdapat beberapa jurulatih lain yang menyatakan minat untuk membimbing Sri Pahang.

Bagaimanapun, katanya ketika ini perlawanan suku akhir Piala FA berdepan Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu ini menjadi keutamaan pasukan yang akan dibimbing Dollah sebagai pengendali sementara.

Sri Pahang mengharungi musim Liga Super yang sukar susulan prestasi terumbang-ambing menyebabkan pasukan itu berada di kedudukan kedua tercorot dengan hanya lapan mata daripada 11 perlawanan setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar