web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aguero Bangga Akan Masanya Bersama Man City

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:43AM

Aguero bersama City selama 10 tahun, menyertai kelab tersebut pada 2011. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Penyerang Argentina Sergio Aguero ‘bangga’ dengan pencapaiannya di Manchester City selepas mengumumkan bakal meninggalkan kelab itu apabila kontraknya berakhir Julai ini.

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011 dan telah menjaringkan 257 gol dalam 384 perlawanan, menjadikannya sebagai penjaring terbanyak kelab itu.

Beliau menjaringkan gol kemenangan dramatik ketika pasukan itu memintas jiran Manchester United untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2012.

“Apabila satu kitaran tamat, akan muncul banyak bakat baharu.

“Saya berasa amat berpuas hati, bangga kerana bermain untuk Manchester City selama 10 tahun - satu perkara yang jarang berlaku pada masa kini.

“Saya akan terus memberikan yang terbaik sehingga akhir musim ini untuk merangkul lebih banyak lagi kejuaraan dan memberi kegembiraan kepada peminat,” katanya di media sosial.

Dalam satu kenyataan lain, Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak berkata, beliau akan memberikan ucapan perpisahan apabila penyerang itu meninggalkan kelab tersebut, namun mendedahkan satu arca untuk Aguero telah ditempah.

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City selama 10 tahun tidak boleh diperlekehkan.

“Ini bukan saat untuk mengucapkan selamat tinggal, masih banyak lagi yang boleh dikecapi,” katanya dengan City bersaing untuk kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pertamanya dan pilihan ramai untuk merangkul kejuaraan liga domestik.

“Dalam masa sama saya berbesar hati mengumumkan yang kelab ini akan mengupah seorang artis untuk membuat sebuah arca Sergio untuk dipamerkan di Stadium Etihad,” tambahnya.

Sementara itu Akhbar Manchester Evening News memaklumkan City telah merancang satu majlis perpisahan untuk Aguero selepas perlawanan liga terakhir musim ini iaitu menentang Everton yang dijadualkan pada 23 Mei.

Pemain berusia 32 tahun itu dilanda masalah kecederaan musim ini dan turut dijangkiti virus COVID-19 pada Januari lalu, menyebabkannya hanya mampu membuat 14 penampilan pada musim ini dengan menjaringkan tiga gol.

Aguero juga terlepas beraksi pada penghujung musim lepas dan permulaan musim ini setelah menjalani pembedahan lutut pada bulan Jun lepas.

Beliau turut mengalami kecederaan hamstring pada Oktober.

Minggu lalu, pengurus City, Pep Guardiola memaklumkan bahawa beliau mungkin tidak dapat memberikan banyak masa untuk Aguero beraksi sebelum kontraknya tamat. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 4 tahun yang lalu

City Bangkit Untuk Mempertahankan Kejuaraan Liga

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Kebangkitan Man City Kekalkan Kelebihan Dalam Perebutan Mahkota Liga

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad